Sarat hamil anak ketiga, Syafiqa Melvin kongsi detik kejutan buat suami. 'Hadiah paling mahal untuk abah. Our baby love'
USAHAWAN adik-beradik The Melvins cukup popular di laman sosial TikTok dan Instagram. Salah seorang daripadanya, bekas pengacara TV9, Syafiqa Amirol Melvin yang dikenali sebagai Kak Long.
Sedang hamil anak ketiga dan yang merupakan cahaya mata pertama menerusi perkahwinan keduanya, Syafiqa, 34, yang juga mesra disapa Mama Yong oleh pengguna laman sosial berkongsi detik kejutan berita gembira kepada suami, Azhar Othman, 42.
Memuat naik video berdurasi 57 saat memaparkan Azhar menangis terharu menerima 'hadiah' dua alat penguji kehamilan positif yang diletakkan di dalam sebuah kotak.
"Dia betul-betul tidak menjangka hadiah ini. Dia menangis, kita pun menangis.
"Hadiah paling mahal untuk abah. Terima kasih ALLAH hadirkan malaikat kecil ini untuk kami. Can't wait to see you, our baby love," kongsinya.
Dalam pada itu, bekas juara rancangan realiti Gadis Melayu musim kedua di TV9 berkenaan juga menitipkan kesyukuran dengan kurniaaan anugerah bermakna kepada mereka suami isteri.
"ALLAH beri rezeki tepat pada masanya. Kak Long doakan semua yang sedang berusaha hamil (try to conceive) dipermudahkan.
"Yakinlah ALLAH pasti kurniakan malaikat kecil pada kita pada masa dan waktu yang tepat.
"DIA Maha Mengatur dan Mengetahui segala galanya," titip Syafiqa.
Warga maya turut tersentuh dengan reaksi Azhar yang menitiskan air mata kegembiraan.
"Dia seorang yang sudah berusia, perkahwinan hanya melengkapkan khidupan. Namun jika diberikan zuriat sewaktu usianya begini. Itu adalah satu bonus, rezeki yang ALLAH berikan sepanjang hidupnya. Crying."
"Gembira tengok Kak Long happy. Lama sudah Kak Long besarkan anak seorang diri. Kali ini berbahagia dengan suami."
"Kita yang tengok pun mengalir air mata."
"Saya pun ikut menangis. Tahniah Kak Long dan suami, semoga dipermudahkan."
Berita kehamilan pemegang Sarjana Muda Sains Mikrobiologi Universiti Kebangsaan Malaysia itu terdahulu didedahkan adik bongsu The Melvins, Melveena menerusi penstriman langsung TikTok April lalu.
Sekadar info, Syafiqa kembali bergelar isteri pada Disember tahun lalu.
Kakak kepada pelakon Syatilla Melvin itu pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 13 Julai 2012.
Namun jodoh mereka tidak lama apabila Zainal menghembuskan nafas terakhir akibat kanser darah pada 27 Ogos 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Zayyan Sufi, 10 dan Zahara Sumayya, 8.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang