'Saya ada saja, cuma lebih suka mengenali diri.' Kemunculan Hafiz Suip raih perhatian, jawab persoalan lama menghilang

No Image Caption
A
A
A

Setelah sekian lama menyepi, penyanyi Hafiz Suip akhirnya muncul semula membuat persembahan di atas pentas dengan begitu semangat sekaligus menangkis kenyataan kononnya dia tidak lagi relevan dalam industri.

Malah, 'standing ovation' dan tepukan gemuruh diberikan kepada Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip selepas menyanyikan lagu Ku Akui ciptaan Ajai di Konsert ByAjai & Mega Friends pada Sabtu di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

“Saya agak gementar hari ini. Saya buat demi abang Ajai dan peminat yang datang hari ini.”

“Sebenarnya saya ada saja. Cuma sekarang saya lebih suka mengenali diri,” katanya yang menjawab persoalan Ajai ke mana beliau menghilang sebelum ini.

No Image Caption

Pada masa yang sama, Ajai juga sempat menitipkan beberapa pesanan kepada Hafiz supaya jangan tinggalkan industri seni.

"Begitulah kehidupan Hafiz, up and down tu biasa, siapa je yang hidup tiada masalah. Yang paling penting, hubungan dengan Allah.

Artikel Berkaitan:

"Jangan tinggalkan industri, ini mata pencarian kamu. Ramai yang sayangkan anda. Hafiz seorang yang kuat,” pesannya.

Dalam masa sama, Ajai turut memuji suara Hafiz yang disifatkan cukup luar biasa.

“Dia bila buka mulut saja, nota pertama sudah beri penghayatan yang tepat.

“Selama Hafiz menjalani proses rakaman dengan saya, dia ada beberapa lagu hits seperti Matahari dan Noktah Cinta,” kata Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas.

Selain Hafiz, kejutan lain yang mendapat perhatian ramai pada malam itu dengan penampilan khas penyanyi Illa Sabri menyanyikan lagu popularnya, Keranamu Kekasih.

No Image Caption

Lagu malar segar yang terkenal sebagai OST filem Geram Khas The Movie itu pada awalnya dinyanyikan oleh Ajai sebelum penyanyi sebenarnya tampil ayu dengan gaun merah jambu.

Turut hadir penyanyi hebat yang lain membuat persembahan pada malam tersebut seperti Dayang Nurfaizah, Hazama, Aina Abdul dan Aufahanie.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang