Alami serangan jantung, bapa Azharina meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

TAKZIAH buat penyanyi Azharina Azhar yang baharu sahaja kehilangan bapa tersayang, Azhar M.Y Ahmad.

Lapor OhBulan, arwah bapa penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 1.59 tadi

Berkongsi berita duka pemergian bapanya di Insta Story, Azharina atau mesra disapa Nina memaklumkan pengurusan jenazah.

"Assalamualakum, abah Nina, Azhar M.Y Ahmad baharu sahaja menghembuskan nafas terakhir.

"Jenazah akan dibawa ke Masjid Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

"Mohon sedekahkan al-Fatihah buat abah Nina," titipnya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Menurut adik kepada Azharina iaitu Adriana, bapa mereka mengalami serangan jantung.

"Saya dan adik bawa bapa terus ke hospital semalam. Dia tidak boleh bergerak. Doktor terus bawa ke ICU kerana organnya yang lain turut tak berfungsi," katanya.

Sementara itu, menurutnya lagi, Azharina kini berada di Padang, Indonesia dalam perjalanan pulang ke Sabah.

"Kakak saya berada di Padang sejak semalam bersama pakcik kami. Beliau mendapat tahu abah sakit selepas sampai di sana.

No Image Caption

"Hari ini, kakak akan pulang ke Sabah sebab kami maklumkan abah sudah tiada.

"Kakak beritahu waktu penerbangannya malam ini kerana tiada penerbangan dari Padang ke Sabah pada ketika ini.

"Malah, kakak sempat meminta kami menguruskan jenazah arwah secepat yang mungkin," katanya.

Terdahulu, Allahyarham kerap menerima rawatan di Pusat Rawatan Rapi (ICU) berikutan masalah jantung dan pernah melakukan beberapa pembedahan melibatkan organ itu.

Sumber: Instagram, OhBulan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang