Bercinta kembali, ramai doa kebahagiaan Adira & Datuk Red. Rancang rujuk hujung tahun ini
PENYANYI Adira Suhaimi dan bekas suami, Datuk Adnan Abu mengakui masing-masing kini dalam proses bercinta kembali.
Menerusi siaran langsung di TikTok, pasangan berusia 32 dan 46 tahun itu menjalin hubungan cinta dalam tempoh tidak sampai seminggu.
"Saya nak cakap, hari ini hari kelima kami couple," kata Adnan yang turut dikenali sebagai Datuk Red.
Pengumuman dibuat Datuk Red membuatkan Adira ketawa terhibur.
Datuk Red menyatakan dirinya gembira diberi peluang kedua oleh penyanyi berasal dari Sabah itu.
"Untuk mencari yang lain memang tidaklah. Alhamdulillah Adira memberi saya peluang.
"Bila sudah tua-tua ini bercinta seperti di awang-awangan. Sudah beberapa bulan saya tunggu pelawaan dan dia buka peluang untuk saya," katanya.
MemetikAstro Gempak, Datuk Red mendedahkan ibu kepada empat cahaya mata itu sudah merancang rujuk pada penghujung tahun ini.
"Kalau ikutkan Adira merancang untuk rujuk pada hujung tahun.
"Saya sudah berbincang dengan abang sulung Adira yang merupakan walinya.
"Lagipun, satu Malaysia sudah tahu status kewangan saya, biarlah saya stabilkan dulu perkara itu," katanya.
Bapa kepada sembilan anak itu menjelaskan keluarga Adira memang menyokong hubungan mereka berdua.
Justeru, usahawan itu berazam untuk melakukan yang terbaik demi kebahagiaan rumah tangganya selepas ini.
"Keluarga Adira memang selalu jodohkan saya dengan dia. Lebih-lebih lagi kakaknya (Emma) yang memberi galakan kami bercinta semula.
"Alhamdulillah, atas bantuannya perkara itu terjadi semula. Sudah tua-tua ini tak mahu membuat kesilapan sebab saya rasa tidak boleh ada isteri lebih daripada satu.
"Jadi, kali ini saya ingin fokus kepada seorang sahaja dan lancarkan kerjaya serta menyelesaikan hutang-hutang," katanya.
Terdahulu, Adira pernah mengakui enggan bercinta dengan orang lain dan hanya ingin mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya itu.
Untuk rekod, Datuk Red dan Adira sah bercerai talak satu pada 24 April lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, setahun.
Datuk Red turut menceraikan isteri pertamanya, Sharifah Norshafila pada 14 Mei 2024.
Sumber: Astro Gempak, TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang