Didenda RM480 benarkan ibu pandu kereta tanpa cukai jalan, Nabila Razali mohon maaf. 'Harap ia jadi pengajaran'
PENYANYI dan pelakon Nabila Razali tampil memohon maaf atas pertuduhan berhubung membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, Januari lalu.
Nabila nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman, 58, didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka, hari ini.
Pelantun lagu Peluang Kedua itu menerusi kenyataan rasmi enggan memanjangkan isu itu dan memohon orang ramai tidak mensensasikan perkara itu.
"Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan pada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu, saya sebagai pemilik terpalit juga.
"Saya mengakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS).
"Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu, tapi juga seluruh rakyat Malaysia. Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf," katanya.
Mengikut pertuduhan, Nabila sebagai pemilik kereta didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu dengan LKM tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang