Sabri Yunus, Angeline Tan saling menegur kesilapan, cara jawab soalan buat ramai cair. 'Biar lambat asal dapat pasangan tepat'
PASANGAN pelakon veteran Sabri Yunus, 62, dan Angeline Tan, 56, menuai perhatian para peminat terutamanya sejak kedua-dua mereka bergelar suami isteri Oktober tahun lalu.
Keserasian yang terpapar menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu lebih 30 tahun lalu menjadi kenyataan selepas kedua-duanya ditakdirkan berjodoh.
Menerusi video yang dikongsi media sosial TV Alhijrah, Sabri dan Angeline Tan menjawab soalan berkaitan rumah tangga mereka sekali gus menjelaskan kedua-duanya saling tegur-menegur dalam perlbagai perkara agar ikatan suami isteri berlangsung dengan baik.
Ditanya tentang perkara yang mereka kurang suka antara satu sama lain, jawapan dan komunikasi antara mereka membuat warganet tersenyum sendiri.
Menurut Sabri, jika beliau melihat Angeline melakukan kesilapan, beliau akan mencari waktu sesuai bagi menegur.
“Sebenarnya kami ini saling tegur-menegur antara satu sama lain.
"Kalau dia melakukan kesilapan, selalunya saya biarkan dahulu kemudian mencari masa yang sesuai untuk tegur.
"Melalui teguran itu, saya akan kata bahawa sesuatu yang dibuat Angeline itu tidak kena dan sebagainya.
"Tetapi kalau diikutkan, Angeline lagi banyak tegur saya,” ujarnya.
Sementara itu, Angeline pula mendedahkan bahawa apa jua teguran diberikan suami diterimanya kerana percaya ia bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan.
“Bila abang tegur, semuanya Angeline terima sebab dia adalah orang yang paling dekat dengan saya.
"Tegurannya untuk kebaikan saya dalam memperbetulkan kesalahan dan kelemahan saya,” kongsinya.
Hantaran berkenaan menjadi perhatian netizen dan kemesraan pasangan itu membuatkan ramai yang 'cair.'
Sikap manja Angeline dan humor Sabri mengusik si isteri jelas menunjukkan mereka sangat bahagia.
Artikel berkaitan:
- Indahnya maksud Ardini, Sabri Yunus pilih nama untuk Angeline Tan tak sampai 2 minit
- Bekwoh gaya 70-an, unik majlis sambut menantu Sabri Yunus, Angeline Tan tarik perhatian warganet
- 'Dia insan yang saya kagumi.' Angeline Tan dedah bagaimana terbuka hati terima Sabri Yunus, kenal 3 tahun baru melamar
- Angeline Tan sebak berdoa depan Kaabah, Sabri Yunus kongsi momen istimewa. 'Air matamu, air mataku jua'
Lebih melucukan ada warganet berseloroh ingin 'berpindah' ke planet lain di samping meminta mereka yang masih bujang untuk bertabah menunggu kehadiran pasangan hidup.
Ujar mereka:
"Nampak kasih sayang, keikhlasan dan rasa hormat Angeline buat suaminya sangat tulus."
"Tak sangka ini jodoh kiriman ALLAH, walhal ketika muda masing-masing berlakon dan berbeza agama. ALLAH satukan pada usia emas. Moga Angeline dan Sabri kekal bahagia."
"Senyum sendiri bila Angeline beritahu semua ada pada suaminya dia suka. Manis sangat pasangan ini."
"Ya ALLAH bestnya relationship begini, moga till jannah."
"Bercinta usia emas sangat romantik, jodoh yang ALLAH sudah aturkan."
"Biar lambat asal dapat pasangan yang tepat."
Sekadar info, Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan diijab kabulkan dengan Sabri dalam sebuah majlis tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis pada 14 Oktober tahun lalu.
Sementara itu, Angeline yang memeluk Islam pada 26 September 2023 memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.
Sumber: TikTok TVAlHijrah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang