"Sejak bertudung, tiada lagi tawaran berlakon...'Angeline Tan percaya pada rezeki, banyak dalami ilmu agama
PENGHIJRAHAN pelakon senior Angeline Tan sebagai seorang mualaf sedikit sebanyak membawa kepada perubahan positif dalam hidupnya.
Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan Yoke Yeah bergelar saudara baharu pada 26 September tahun lalu sekali gus mengubah penampilannya dengan tampil bertudung.
Setelah hampir satu tahun membawa imej berhijab, Angeline mengakui kerjaya lakonannya tidak lagi rancak seperti dahulu.
Bahkan, beliau juga berasa kekok dengan dirinya yang sebelum itu sudah terbiasa berhujan panas di lokasi penggambaran.
"Sampai sekarang saya belum lagi mendapat tawaran untuk berlakon.
"Mula-mula memang rasa tak biasa, sebab kita sibuk bekerja tetapi bila tiba-tiba tak ada kerja, rasa macam sedikit kekok.
Walau bagaimanapun,Angeline tidak menyatakan hasrat untuk berhenti berlakon kerana percaya pada rezeki yang ditetapkan oleh ALLAH.
Bahkan, isteri kepada Sabri Yunus itu berkata masa yang terluang kini banyak dipenuhi dengan mempelajari perkara-perkara baharu terutamanya bagi mendalami Islam.
"Saya nak berlakon tetapi rasanya susah untuk mereka nak cari watak untuk saya sebab biasanya kita berlakon watak cina.
"Tetapi saya okay sahaja, sebab saya rasa ini adalah peluang untuk saya belajar perkara baharu, kerana kalau terlalu sibuk saya tidak dapat pergi ke kursus dan buat perkara lain.
Anak sulung daripada tujuh beradik itu berkata, kali terakhir beliau melakonkan imej tidak bertudung pada drama terbaharu iaitu X-Change kerana drama itu dibuat pada setahun yang lalu.
Dalam perkembangan lain, Angeline dan suami tercinta bakal mewarnai program ilmiah berjudul Angeline Tanya Abang Jawab menerusi siaran TV AlHijrah pada 18 September akan datang.
Program ini akan menampilkan pasangan pelakon senior itu saling berinteraksi melalui soalan-soalan berkaitan pelbagai isu agama dari perspektif yang mudah difahami golongan Mualaf.
Turut tampil dalam program itu adalah barisan asatizah dan ilmuan.
Antaranya Ustaz Harryanto Rizal Rokman, UstazAzhar Ghazali, Ustaz Zul Ramli, Imam Muda Asyraf dalam menjawab persoalan Angeline.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang