22 tahun menanti, wanita 50 tahun syukur timang puteri bongsu. 'Alhamdulillah atas kurniaan tak terduga'
PENULIS tumpang gembira melihat anugerah yang dititipkan buat keluarga wanita ini. Siapa sangka, 22 tahun menunggu tangisan anak kecil, doa yang dititip akhirnya dimakbulkan pada usia 50 tahun.
Wanita berkenaan dikenali sebagai Lela dari Benut, Pontian, Johor berkongsi foto bayinya bernama Nayla yang selamat dilahirkan April lalu.
"Alhamdulillah 20/4/2024 lahirlah puteri bongsu kami setelah 22 thun menanti anak ketiga.
"Rezeki yang tak diduga ALLAH titipkan buat kami sekelurga. Alhamdulillah syukur sangat dengan kurnian ini pada usia 50 tahun.
"ALLAH permudahkan segala urusan dari awal kehamilan sampailah bersalin dan berpantang," kongsinya.
Terdahulu dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 26 tahun dan 22 tahun.
"Anak sulung berumur 26 tahun dan adiknya 22 tahun. Betul-betul rezeki ALLAH bagi pada usia begini.
"Kesunyian di rumah ketika semua orang keluar bekerja," katanya.
Bertuah sungguh si Nayla, lahir sahaja sudah menjadi kesayangan semua. Kata Lela, si abang dan kakak yang seronok bakal dikurniakan adik.
Malah, kedua-dua mereka juga sangat gembira dan banyak membantu dengan membelikan barang-barang keperluan menyambut kelahiran.
“Anak-anak semua teruja. Mereka semua belikan baju warna biru sebab ingatkan anak lelaki. Malah, doktor di hospital juga tumpang gembira sehingga ramai beri semangat kepada saya.
“Selepas melahirkan anak, saya terus tanya doktor apa jantina anak saya. Doktor beritahu saya, anak saya perempuan. Alhamdulillah saya bersyukur.
“Tetapi itulah, barang-barang semuanya sudah beli warna biru,” katanya.
Berita gembira dikongsikannya di laman sosial TikTok mengudang pelbagai ucapan tahniah daripada warganet. Tidak kurang yang meminta panduan dan tip untuk hamil lagi.
“Saya tidak ada tip istimewa. Cuma sepanjang kehamilan, saya menjaga pemakanan.
“Saya banyak makan buah, ulam-ulaman dan kurangkan gula dalam makanan. Segala ubat yang dibekalkan oleh klinik saya ambil ikut jadual.
“Syukur, sepanjang kehamilan saya tidak alami sebarang komplikasi. Cuma, hanya pada peringkat akhir bersalin saya minta pembedahan kerana alami kesukaran," jelasnya.
Warganet teruja dengan perkongsian wanita itu mengucapkan tahniah dan menganggap beliau bertuah. Ujar mereka:
"Ya ALLAH saya 47 tahun dan sedang pregnant 15 minggu rasa lega lepas baca kisah akak. Risau sangat menunggu due bulan 11 nanti,:
"Terima kasih Puan kerana sangat positif. Saya kehilangan satu-satunya anak yang saya tunggu lapan tahun. Usia terkini sudah 39 tahun."
"Moga ada sinar untuk saya, 15 tahun menunggu. Anak pertama 16 tahun."
"Tahniah kak. Bestnya cium bau baby. Saya umur 42 tahun, harap ada rezeki lagi."
Sumber: TikTok @lelaciliapi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang