Takziah, isteri Pak Ngah meninggal dunia dipercayai akibat kanser

A
A
A

ISTERI kepada penggubah lagu dan penerbit rakaman, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain, Datin Sharifah Mahani Syed Kassim atau dikenali sebagai Mak Ngah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Menerusi informasi yang dikongsikan portal berita tempatan, Allahyarham meninggal dunia dipercayai akibat kanser.

"Salam semua, Khabar duka. Dimaklumkan bahawa Datin Sharifah Mahani - Mak Ngah (isteri Arwah Datuk Suhaimi Mohd Zain - Pak Ngah) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Sama-sama kita hadiahkan ummul kitab al-Fatihah untuk Allahyarhamah," katanya.

Pemergian Sharifah Mahani dimaklumkan oleh anaknya, Siti Syafrina Suhaimi menerusi aplikasi WhatsApp sekitar jam 12 tengahari, Isnin.

Difahamkan, Mak Ngah mengetahui dirinya menghidap barah sejak penghujung 2023.

"Saya rasa kanser tahap empat, tapi saya tak dapat nak sahkan perkara ini," kata pelakon, Che Kem.

Che Kem turut memaklumkan jenazah arwah akan diuruskan di Masjid Kampung Baru termasuk dimandi dan disolatkan di masjid sama selepas waktu Zohor," katanya.

Selain Siti Syafrina, pasangan itu turut memiliki seorang lagi anak iaitu Megat Mohd Syahraini.

Terdahulu, Allahyarham Pak Ngah meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat serangan jantung Tanjung Pinang, Batam, Indonesia pada 25 September 2018 akibat beberapa penyakit iaitu komplikasi jantung, paru-paru berair, kencing manis dan darah tinggi.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Berisiko dapat kanser payudara & prostat kalau tidur lampu terbuka. Ini impak buruk lain

Baca juga: Awas jika bahagian leher, bawah ketiak atau pangkal paha bengkak. Itu antara petanda awal kanser limfoma

Baca juga: Azharina Azhar hidap kanser, terus positif untuk bangkit. Terpaksa tangguh pembedahan kerana kerja

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang