Takziah, kakak seniman Sudirman meninggal dunia
TAKZIAH diucapkan buat keluarga kakak kepada penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad iaitu Datin Rudiah @ Rodziah Arshad yang meninggal dunia jam 12.08 tengah hari tadi.
Berita duka itu disahkan oleh anaknya, Razman Azrai Zainudin atau Atai, 50.
"Datin Rudiah @Rodziah Arshad sudah kembali ke rahmatullah tepat pada 12.08 tengah hari, hari ini.
"Atai ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang melawat mak, mendoakan atau siapa saja yang mengingati mak, termasuk individu yang menjadi sebahagian dalam hidup mak.
"Semoga rohnya berada dalam kalangan orang-orang beriman," katanya.
Pemegang PhD Swiss School of Management, Switzerland itu terdahulu memaklumkan ibunya ada menghidap penyakit serius namun tidak mendedahkan penyakitnya berkenaan.
Dalam pada itu, beliau turut memohon titipan doa daripada orang ramai.
Allahyarham Rodziah adalah anak kedua daripada sembilan adik-beradik termasuk dua orang adik tiri.
Rodziah mempunyai hubungan yang rapat dengan Allahyarham Sudirman. Untuk rekod, penyanyi legenda itu meninggal dunia kerana radang paru-paru di rumahnya di Bangsar, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1992.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang