Umur 51 tahun Fauzi Nawawi genggam diploma, buktikan usia bukan penghalang

A
A
A

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi yang berjaya menggenggam skrol diploma miliknya pada usia 51 tahun.

Berkongsi momen yang cukup bermakna sempena konvokesyennya di laman sosial Instagram, suami kepada aktres Lisdawati itu meraih diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy.

"Alhamdulillah terima kasih ALLAH.

"Terima kasih isteriku dan anak-anak di atas segala doa. Thank you so much," kongsinya.

No Image Caption

Pemilik nama Muhammad Fauzi Mohd Nawawi itu mengakui misi dua tahun menyudahkan pengajian tidak mudah.

Ujarnya, kata-kata semangat Lisdawati mendorongnya mencapai sesuatu dalam hidup.

"Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun yang lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu sebagai contoh.

"Isteri adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jika saya harap anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah.

"Saya ada lapan orang anak dan sebagai ketua keluarga, perlu memberikan contoh terbaik," katanya.

Baca juga: Tahniah! Tomok, Pekin, Aril Pilus genggam ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif UUM, siap selempang emas

Baca juga: Inspirasi! Zed Zaidi genggam sarjana pendidikan pada usia 43 tahun, titip penghargaan buat isteri & anak

Baca juga: Genggam ijazah universiti ternama pada usia 22 tahun, anakanda bongsu Tengku Permaisuri Selangor, Adam Salleh jadi perhatian warganet

Baca juga: Hamil, bersalin, berjaya raih 2 ijazah, anak menantu Ustazah Norhafizah Musa buktikan berkeluarga bukan halangan

Aktor yang terkenal dengan watak antagonis itu juga berharap menolak tanggapan masyarakat kepada golongan selebriti tidak mementingkan pelajaran.

Mengakui bergelar pelajar selama dua tahun itu sebagai fasa mencabar tetapi, kini Fauzi sudah boleh bernafas lega.

"Biasalah apabila usia semakin meningkat, rasa malas nak belajar memang ada. Perasaan itu perlu saya lawan selama tempoh pengajian.

"Dalam masa yang sama, saya juga sibuk dengan penggambaran dan jadual kerja. Perlu susun masa dengan betul supaya dapat seimbangkan semua perkara," kata.

No Image Caption

Selain Fauzi, pelakon dan penerbit Darling Ngasri serta aktres Rozie Rashid juga berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang yang sama dan hadir menerima skrol pengajian.

Sumber: mStar, Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang