Tahniah! Atikah Suhaime hamil 4 bulan. 'Alahan makin kurang, tak tahan bau bawang'

No Image Caption
A
A
A

BERKONGSI foto memperlihatkan baby bump, laman sosial pelakon, Datin Atikah Suhaime, 33, menjadi tumpuan warga maya mengucapkan tahniah.

Sedang berlibur berada di luar negara, video yang memaparkan bahagian perut yang membesar mengundang perhatian dan menuai pelbagai reaksi daripada warganet.

Aktres kelahiran Singapura itu akhirnya mengiyakan kehamilannya kepada portal berita Kosmo.

Menyatakan perancangan asal untuk mengumumkan kehamilan secara rasmi pada bulan depan, isteri kesayangan Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, bergelar, Datuk Lokman Teh itu menyembunyikan tentang berita kehamilannya yang kini sudah mencecah empat bulan kerana bimbang akan mendapat kecaman.

No Image Caption



“Pada saya waktu itu terlalu awal untuk membuat pendedahan dan pelbagai perkara boleh berlaku. Saya juga bimbang jika kongsikan berita terlalu awal, nanti netizen akan mengecam atau mendoakan yang tidak baik.

“Sejujurnya saya agak trauma apabila ada yang mendoakan tidak baik kepada ketika melangsungkan perkahwinan dahulu dengan mengatakan perkahwinan kami tidak bertahan lama.



“Tetapi saya sangat berterima kasih dan bersyukur kerana pengikut di media sosial semuanya mendoakan yang baik-baik buat saya dan tiada komen benci saya terima,” katanya.

No Image Caption



Memasuki trimester kedua kehamilan, Atikah mengakui berat badannya naik mendadak selepas hamil yang menyebabkan beliau kongsikan berita gembira itu dalam media sosial.

“Kalau tidak kongsikan gambar, nanti media sosial saya akan kosong. Jadi saya fikir kongsikan saja foto terbaharu yang kini sedang hamil dan berat badan juga naik.

“Bentuk badan masih kecil, tetapi bahagian perut makin membesar dan begitu juga pada bahagian wajah. Sejak hamil ada banyak baju yang tidak muat dan saya perlu pergi ke kedai untuk membelinya.

“Jadi alang-alang begitu, saya kongsikan saja gambar semasa yang kini sedang hamil,” katanya.

Terdahulu, Atikah berkongsi video-video masakan tanpa bawang kerana bahan masakan itu menyebabkan beliau mual dan alahan semakin teruk.

Sekadar info, Atikah berkahwin dengan Lokman pada 20 Januari 2024 selepas lima tahun bercinta dan sebulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Kosmo

Artikel Berkaitan:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang