Ramadan pertama sebagai saudara baharu, personaliti media sosial, Brittany Renner akui seronok dengan kehidupan ‘baharu’

No Image Caption
A
A
A

HIDAYAH itu milik ALLAH. Sebagai manusia, kita perlu terus percaya pada-NYA dan mencari kebenaran. Hanya DIA yang memberikan ‘cahaya’ dan petunjuk kepada siapa yang diinginkan.

Itu antara kata-kata awal pempengaruh media sosial, model dan juga pelakon warga Amerika Syarikat, Brittany Renner melalui satu hantaran video pendek di akaun Instagram miliknya dengan memberi sedikit penjelasan mengapa beliau memeluk Islam.

Mempunyai jumlah pengikut seramai 4.5 juta, semua status lama dia telah pun dibuang dan diganti dengan wajah ‘baharu’. Baru sahaja memuat naik 26 status di Instagram miliknya dengan gambar dan juga video berhijab, kelihatan dirinya kelihatan seronok menjalani kehidupan sekarang ini.

“Semua orang merasakan mereka mengenali saya. Saya mencari kebenaran sepanjang hidup selama ini. Melihat kepada bintang, astrologi, numerologi tetapi kebenaran sebenarnya adalah panduan daripada Tuhan. Selama ini saya hidup demi mendapatkan perhatian dari orang lain”

“Saya menyerahkan hidup saya sepenuhnya kepada dunia glamor ini tetapi jiwa saya rasa kosong. Akhirnya saya mendapat jawapan selepas memeluk Islam pada Ogos tahun lalu. Saya tidak mahu lagi memandang belakang. ALLAH telah menjawab semua persoalan saya” ujarnya yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 33 pada Februari yang lalu.

No Image Caption

Mengakui terdapat pelbagai kecaman netizen dengan berita penghijrahan ini tetapi wanita ini tetap cekal dan tidak mahu ambil peduli dengan apa yang diperkatakan oleh orang lain. Beliau juga berkongsi kehidupannya lebih bermakna sekarang ini dan seronok untuk menyambut Ramadan pertama kali seumur hidupnya.

Dalam satu video pendek yang lain, dia juga berkata mahu terus melakukan kebaikan dan masih dalam proses untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Apa yang pasti, seluruh hidupnya kini hanya untuk mengabdikan diri kepada-NYA.

Sekadar info, wanita berusia 33 tahun itu sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pemain NBA popular, P.J. Washington dan memiliki seorang anak lelaki yang kini sudah mencecah usia empat tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang