'Anugerah ini milik Malaysia.' Siti Saleha di mata dunia, rangkul Anugerah Bintang Asia Terbaik

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat aktres Siti Saleha selepas dinobatkan aktres terbaik Seoul International Drama Awards 2024 yang berlangsung Seoul, Korea Selatan.

Saleha memenangi kategori itu menerusi pembabitannya dalam drama siri asal tonton berjudul SeOfis.

Gembira dengan pengitirafan yang diterima di peringkat antarabangsa, pelakon berusia 34 tahun itu sempat berkongsi hantaran di Instagram bersama trofi yang dimenangi.

"Anugerah ini milik kita, Malaysia," titipnya.

No Image Caption

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum berkata dia sememangnya sangat bangga sebagai anak Malaysia dengan pencapaian terbarunya di peringkat antarabangsa itu.

"Siapa tak nak dapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Pencapaian ini sangat besar maknanya buat saya secara peribadi.

Artikel Berkaitan:

"Ia menjadi bukti bahawa bakat tempatan kita juga diiktiraf di luar.

No Image Caption

"Menerusi platform ini juga, saya harap ia mampu membuka mata untuk orang luar peduli mengenai bakat-bakat dari negara ini pun bagus-bagus belaka," katanya.

Kategori dimenanginya itu adalah kategori istimewa jemputan pelakon-pelakon di Asia.

Pemenang lain termasuk Wooseok Byeon dan Hyeyoon Kim dari Korea Selatan, Desmond Tan (Singapura), Ochi Rosdiana (Indonesia), Metawin Opas-lamkajorn (Thailand), dan Kim Chiu (Filipina).

No Image Caption

Kejayaan diraih Saleha turut diraikan para peminatnya. Menerusi ruangan komen, rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan berbangga dengan pencapaian aktres kacukan Melayu-Inggeris itu.

"Tahniah Sally! Anda memang layak menerima anugerah ini. Terus menghasilkan buah tangan hebat!"

"Alhamdulilah. Superb, proud of you Sally."

"Lakonan mantap, anda memang layak Saleha."

"Terbaik! Menyala-nyala idola kita."

Sekadar info, Saleha memulakan kerjaya awalnya sebagai model komersial dan pernah muncul dalam beberapa iklan televisyen itu.

Beliau yang terjun dalam bidang lakonan pada 2008 terkenal dengan beberapa drama rantaian seperti 7 Hari Mencintaiku dan Nora Elena.

Adik kepada penyanyi Sam Bunkface ini juga pernah memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 selepas tontonan 7 Hari Mencintaiku muncul drama rating tertinggi di Malaysia ketika itu iaitu sebanyak 12 juta tontonan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang