'9 tahun ajaibnya perkahwinan kita, terima kasih sabar dengan saya' - Ucapan manis Gevervie buat Hazama sempena anniversary, akui banyak belajar jadi isteri

No Image Caption
A
A
A

PERKAHWINAN penyanyi Hazama dan isteri, konduktor muzik terkenal Genervie Kam mencecah sembilan tahun. 

Mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2017, Genervie berkongsi bukan sekadar ucapan romantis tetapi coretan jarang yang dikongsi secara terbuka, apatah lagi oleh figura industri seni.

Menganggap perkahwinan sebagai cermin dirinya sebenar, Genervie mengakui banyak dipelajari daripada suami tercinta. 

"Terima kasih kerana memilih untuk menjalani kehidupan ini bersama. Saya sedar bahawa ada pelajaran tertentu dalam hidup yang hanya boleh dipelajari apabila kita menghadapi cabaran bersama-sama (dalam sebuah perkahwinan). 

"Perkahwinan kita benar-benar memperlihatkan siapa diri saya yang sebenar. Seperti kata bijak pandai, "Seseorang sangat penyabar apabila bersendirian. Jadi jika kamu mahu tahu sama ada kamu seorang yang penyabar atau tidak, berkahwinlah.” Perkahwinan mendedahkan karakter sebenar kita. 

No Image Caption

"Terima kasih kerana menyedarkan bahawa terlalu banyak yang perlu saya dipelajari," titipnya.

Dalam masa yang sama, dalam pernikahan hampir sedekad ini Genervie mengakui sebagai isteri dia belajar untuk tunduk dan patuh biarpun terbiasa menjadi ketua dalam banyak di dalam kerjayanya.

Artikel Berkaitan:

"Untuk tunduk kepada awak sebagai ketua pada awalnya bukan sesuatu yang mudah, memandangkan latar belakang saya yang sering menjadi pemimpin. 

"Ia satu proses yang merendahkan diri apabila saya menyedari bahawa isteri yang menurut bukanlah isteri yang lemah. Apabila saya belajar untuk melepaskan kawalan dan membenarkan awak memimpin, malah hingga ke tahap membiarkan awak membuat keputusan walaupun saya tahu keputusan itu mungkin salah, segalanya menjadi lebih indah. 

"Ia adalah proses membuang ego dan sikap 'saya boleh buat lebih baik daripada awak," kongsinya.

No Image Caption

Genervie bijak mengemudi perbezaan antara mereka. Tidak hanya jarak usia, pemuzik yang sering mengiringi persembahan barisan penyanyi ternama itu mengendali hubungan agar jurang latar belakang tidak menjadi punca konflik.

"Walaupun saya tahu latar belakang cara kita dibesarkan sangat berbeza, saya belajar bahawa kebanyakan perselisihan antara kita sebenarnya hanyalah soal keutamaan, bukannya prinsip (seperti urusan pinggan mangkuk, dobi dan sebagainya). 

"Apabila saya akhirnya belajar untuk menjadi isteri dan bukan menjadi ‘bu kepada awak, kita jauh kurang bergaduh walaupun pada awalnya ia sangat sukar.

"Setiap kali bertengkar, ia sentiasa membawa saya kembali ke hari ini, sembilan tahun lalu. Betapa ajaibnya perkahwinan kita. Perkara yang mustahil berlaku dan itulah yang sentiasa memberi semangat kepada saya dan awak untuk terus fokus dan menyelesaikan segala masalah. 

"Saya sering teringat soalan ini, “Mana yang lebih penting, masalah kamu atau hubungan kamu?” Dan serta-merta saya menjadi tenang," titip Genervie.

No Image Caption

Dalam masa yang sama, komposer lagu Hakikat Cinta nyanyian Dayang Nurfaizah itu juga sentiasa memperbaiki diri dan berterima kasih kepada Hazama yang sentiasa sabar.

"Perkara paling saya sukar lakukan ialah mendengar. Sehingga kini, saya masih bergelut untuk mendengar kerana saya mempunyai tabiat buruk untuk sentiasa ‘memberi penjelasan’ dengan harapan awak akan memahami. 

"Terima kasih kerana begitu sabar dengan saya dalam hal ini. Mohon maaf atas segala kekurangan saya. 

"Terima kasih kerana sentiasa menerima saya seadanya, murah hati, setia dan jujur sebagai seorang suami. Saya amat bersyukur, I love you," titipnya.

Sekadar info, Genervie berkahwin dengan Hazama dalam satu majlis tertutup di Villa Orchid, Gombak, 15 Januari 2017 selepas lima tahun menjalin cinta.

Genervie yang merupakan saudara baharu memeluk Islam pada pertengahan tahun 2016.

Sumber: Instagram

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang