Adira-Datuk Red didakwa rujuk dalam tempoh idah cerai 2024, baru fail pengesahan. 'Sejujurnya ini cerita yang panjang'

No Image Caption
A
A
A

IKATAN antara penyanyi Adira Suhaimi dan Datuk Red kembali menjadi perhatian selepas dikatakan telah rujuk selepas bercerai pada 24 April tahun lalu.  

Memetik laporan mStar, Datuk Red atau lebih nama penuhnya Adnan Abu, 47, kembali rujuk kepada pelantun lagu Ku Ada Kamu itu ketika dalam tempoh idah.

Namun, selepas 20 bulan rujuk, Adnan difahamkan baru sahaja memfailkan pengesahan rujuk dua hari lalu di Mahkamah Syariah Gombak Barat dan dijadualkan disebut pada 20 Januari depan.

Adira juga dikatakan tidak mengetahui hal berkenaan dan hanya dimaklumkan oleh peguam pada Rabu.

"Saya berada dalam keadaan yang sukar untuk menjawab kerana ceritanya panjang dan masih dalam proses. Fail rujuk itu bukan daripada pihak saya.

No Image Caption

"Saya baru sahaja menerima maklumat yang sebelum ini saya langsung tidak tahu dan perkara ini berlaku secara tiba-tiba," katanya kepada mStar.

Adira mengakui telah menyerahkan segalanya kepada peguam dan tidak boleh berkongsi sebarang info kerana ia masih berbincang dengan peguam.

Artikel Berkaitan:

Kusut susulan situasi mengejut itu, Adira bagaimanapun menegaskan fokusnya kini adalah kepada anak-anak mereka seramai empat orang di samping menumpukan kepada kerjaya. 

 

Artikel penuh:

No Image Caption

"Saya berharap semua urusan ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana saya tidak mampu menghadapi drama seperti ini lagi. Cukuplah apa yang telah berlaku.

"Cuma ketika ini saya benar-benar pening dan berharap diberikan kekuatan. Saya ikhlas menerima apa yang terjadi.

"Fokus utama saya sekarang hanyalah anak dan kerja. Saya cuma berharap orang ramai mendoakan urusan saya ini dipermudahkan," jelasnya.

Penyanyi berusia 36 tahun itu juga menegaskan hubungannya dengan Adnan kini hanyalah sebagai ibu dan bapa kepada anak- anak mereka, tanpa sebarang perasaan lain.

"Saya menghormati dia hanya sebagai bapa kepada anak-anak, itu sahaja," ujarnya.

Untuk rekod, Datuk Red dan Adira sah bercerai talak satu pada 24 April 2024 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob, 2.

Datuk Red turut menceraikan isteri pertamanya, Sharifah Norshafila pada 14 Mei 2024.

Sumber: mStar 1, 2 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang