‘Akhirnya ALLAH jawab doa’. Neelofa kongsi perjalanan kuasai Bahasa Arab demi fahami al-Quran

DALAM dunia glamor dan sibuknya kehidupan sebagai figura awam, ramai mungkin menyangka sukar untuk mencari ruang memperbaiki diri dalam hal-hal rohani.
Namun, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa membuktikan sebaliknya apabila berjaya menghabiskan 10 topik pertama dalam jilid satu pembelajaran bahasa Arab.
Dalam satu hantaran peribadi yang menyentuh hati di Instagram Story baru-baru ini, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor itu berkongsi detik syukur dan kegembiraan.

“Macam mimpi jadi kenyataan, dari dulu selalu doa nak kuasai bahasa Arab (untuk faham Quran, nak baca Quran macam baca buku cerita, nak belajar more hadith, nak bercakap kalau di Tanah Suci).”
Bagi Neelofa, impian itu bukanlah datang dalam semalam. Ia adalah satu perjuangan panjang.
USAI mendirikan mahligai bahagia bersama suami tersayang Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, dan memiliki cahaya mata, populariti bukan lagi menjadi pengukur kejayaan kepada Noor Neelofa Mohd Noor.
- 'Saya juga ambil...'Neelofa pertahan isu epidural. Jangan hukum ibu yang melahirkan, pengalaman berbeza
- Neelofa ambil masa terima kenyataan mama sakit kanser, syukur kesan awal. 'Jangan kongsi benda buat dia fikir banyak'
- 'Saya akan pilih satu doa untuk satu solat, empat rakaat lapan kali berdoa...' Neelofa kongsi amalan berdoa setiap kali sujud
- Manfaatkan bulan mulia, Neelofa kongsi rutin harian sepanjang Ramadan. 'Perbanyakkan membaca al-Quran, luang masa bersama dua cahaya mata...'
Beliau kini lebih suka duduk di rumah melayan dua putera kesayangannya, Bilal dan Abas kerana kedua-duanya masih kecil dan memerlukan perhatian khusus.
Berbicara lanjut akan ‘dream job’ terbaharunya itu, kata pemilik jenama Naelofar Hijab, setiap pagi beliau bangun awal untuk menyediakan sarapan buat sekeluarga. Menu yang menjadi kegemaran anak sulungnya adalah capati
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cerita usahawan dan selebriti terkenal ini, dapatkan akhbar Sinar Ahad esok menerusi sisipan SinarPlus.
Layari sinarplus.sinarharian.com.my.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, TikTok dan Threads SinarPlus.
Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Personaliti: NOOR NEELOFA MOHD NOOR (@neelofa)
Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR
#neelofa #puriz #lofa #bilal #abbas #capati #selebriti #coversinarplus #SinarPlus #lifestylesinarharian" />
Satu impian yang sering tertangguh, berulang kali terhenti di separuh jalan kerana pelbagai cabaran.

“Tak tahu macam mana nak make it happen, sebab dah cuba banyak kali ambil class tapi separuh jalan, sebab susah, sebab ‘mindset’, sebab sibuk…macam-macam.”
Namun begitu, ibu kepada dua cahaya mata itu tidak pernah berhenti berdoa terutama pada waktu-waktu yang diyakini mustajab.
Meskipun harapannya kecil, tetapi keyakinannya terhadap ALLAH sentiasa besar.

“Tapi still doa (especially malam-malam mustajab doa) walaupun harapan tu nipis saja, dalam hati cuma yakin ALLAH dengar. Sekarang dah bab 10 buku 1.”
Sungguh, ini bukan sekadar tentang pembelajaran bahasa, tetapi perjalanan rohani yang mendekatkan seseorang kepada kitab suci-NYA.
Dalam dunia yang sering memuja kejayaan luaran, Neelofa memilih untuk menyelami makna kejayaan yang sebenar iaitu kefahaman terhadap wahyu Ilahi.

“Long way to go cuma macam tak percaya boleh sampai di sini. Moga ALLAH lapangkan dada, pancarkan cahaya ilmu dan bagi kefahaman untuk kuasai ilmu bahasa ini.”
Dalam isi akhir perkongsiannya, Neelofa menyerahkan segalanya kepada Tuhan dan berharap agar ilmu tersebut bukan sekadar singgah tetapi menjadi milik yang bermanfaat dalam hidup dan selepas mati.

“Semua milik ALLAH. Moga ALLAH rezekikan untuk pinjamkan ilmu ini sepenuhnya satu hari nanti insya-ALLAH.”
Bahasa Arab bukan mudah tapi dengan doa yang konsisten, kesungguhan yang ikhlas dan jiwa yang sentiasa mengharap, insya-ALLAH semuanya akan dipermudahkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang