Aktor Idzham Ismail tekad bercerai, perkahwinan 8 tahun terlerai, enggan rujuk. 'Jawab dengan ALLAH untuk segalanya yang dibuat'
SEDIHNYA dengan berita ini. Dalam keributan perceraian pasangan selebriti, aktor Idzham Ismail mendedahkan sah berpisah dengan isteri, Nur Abilah Shamsudin.
Sebelumk itu, pelakon Juvana dan Diandra pernah memberi bayangan akan keretakan dalam rumah tangga beliau menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Terbaharu, Idzham mendedahkan, ikatan perkahwinan berusia lapan tahun pelakon akhirnya terlerai selepas disahkan bercerai selepas menghadiri prosiding di Mahkamah Syariah Klang, Selangor.
"Mahkamah sahkan kami sah bercerai. Tidak akan dirujuk.
"Pesan saya, ALLAH ada. Jawab dengan ALLAH untuk segalanya yang dibuat," kongsinya.
Bapa dua cahaya mata itu juga memberi bayangan sudah bersedia menghadapi perpisahan itu dan mengaku tenang menghadapi badai rumah tangga itu.
"Alhamdulillah saya okay, tak berat pun ujian ini. Mentally prepared month ago.
"Terima kasih atas ucapan anda. Kini saya harap dapat melakukan tugasan yang diamanahkan dan menjadi khalifah baik buat anak-anak agar mereka memahami ALLAH sahaja.
"I am okay, seriously," kongsinya.
Menerusi portal berita tempatan, pelakon tinggi lampai itu sudah tekad dan tidak mahu kembali rujuk memandangkan kedua-duanya sudah tawar hati.
"Ya, sudah selesai semuanya, pagi tadi. Saya tak mahu rujuk.
"Saya sudah tawar hati dan dia pun mungkin tawar hati juga, jadi nak rujuk pun buat apa.
"Apa yang berlaku saya tak boleh kongsi sebab aib saya sebagai suami sebab saya tak mampu didiknya dengan baik.
"Benda kecil sahaja sebenarnya yang mana dia terkhayal dengan duniawi. Jadi, saya tak nak salahkan dia sebab saya juga salah tak boleh didik dengan baik," kongsinya.
Ditanya sama ada keruntuhan rumah tangganya berpunca kehadiran orang ketiga, Idzham menafikan.
"Tiada, dalam pengetahuan saya tiada. Kalau ada pun hanya Allah yang tahu," katanya.
Kira-kira sebulan lalu Idzham memberi gambaran perkahwinannya dengan Nur Abilah sedang bergolak selepas berkongsi foto berada di mahkamah.
Pelakon berusia 36 tahun itu berkata, cukuplah dikatakan sudah tiada lagi persefahaman dalam beberapa hal yang membuatkan tiada lagi penyelesaian lebih baik, selain ke mahkamah.
Idzham dan Nur Abilah yang merupakan sebagai pramugari mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4.
Sumber: Instagram, Berita Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang