Wanita dalam iddah berkenalan dengan lelaki lain? Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus

No Image Caption
A
A
A

APABILA bercerita tentang iddah, ia acap kali dikaitkan dengan kaum Hawa. Contohnya, sepanjang tempoh ini para isteri tidak boleh keluar rumah, perlu jaga cara pemakaian dan sebagainya.

Sementelah sekarang ini banyak kes perceraian berlaku dalam kalangan selebriti hingga ada yang berani 'dikenenkan' dengan lelaki lain dan menyatakan hasrat tidak sabar dipinang.

Pendakwah Ustaz Azhar Idrus berkongsi status iddah wanita sebenarnya tidak semudah itu.

Memetik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tujuan iddah itu mudah, untuk memastikan wanita tersebut tidak mengandung bagi mengelakkan kekeliruan nasab sebenar anak jika dia menikah dengan lelaki lain.

Bagi yang bercerai talak satu atau dua (talak rajie), iddah adalah ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula segala kesilapan serta peluang kepada suami untuk rujuk.

No Image Caption

Jangan biarkan perceraian menjadi sensasi hingga masyarakat keliru.

Berikut Ustaz Azhar menerusi perkongsian di Instagram:

Artikel Berkaitan:

SOALAN:

Apakah hukumnya isteri yang dalam iddah berkenalan dengan lelaki lain?

JAWAPAN:

Haram bagi isteri yang masih dalam iddah berkenalan dengan lelaki lain kerana beliau masih dalam hukum isteri orang.

No Image Caption

Tersebut dalam himpunan fatwa negeri Mesir ertinya:

"Telah disepakati oleh fuqaha bahawasanya haram meminang perempuan masih dalam tempoh iddah kerana sesungguhnya perempuan itu masih berstatus isteri orang kerana dia akan kembali kepada suaminya dengan rujuk". (Fatwa No. 3038).

Berkata Imam Ibnu Quddamah dalam Kitab Al-Mughni ertinya:

"Perempuan dalam iddah rajie tidak halal bagi seorang pun untuk meminangnya kerana sesunggugnya dia masih dalam hukum isteri orang."

5 INFO IDDAH WANITA PERLU TAHU

Wanita yang sedang menjalani iddah talak rajie perlu mematuhi perkara berikut:

i. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

ii.Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.

iii.Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.

iv.Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan bahkan mereka wajib menanggung seluruh nafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal. Namun mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.

v. Tidak boleh berkabung, bahkan wanita dalam iddah talak rajie dituntut untuk bersolek dan berhias sebagai dorongan bagi suami rujuk semula.

Sumber: Instagram Ustaz Azhar Idrus, JAKIM


#cerai #datukred #datinred #perceraian #sinarplus #lifestylesinarharian" />

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang