'Saya akan usaha jernihkan keadaan...' Farid Kamil masih sayang Diana Danielle, mahu selamatkan rumah tangga

No Image Caption
A
A
A

12 tahun berkongsi hidup bukan sekejap, siapa tidak sayang isteri, kan?

Dua hari selepas aktres Diana Danielle menegaskan akan memfailkan pemohonan cerai, suaminya pelakon dan pengarah, Farid Kamil akhirnya membuka mulut.

Menerusi video berdurasi 22 saat yang dimuat naik di Instagram, Farid, 42, mengakui sedia maklum tentang isu isterinya memfailkan perceraian buat kali kedua.

Dalam keadaan tenang, pelakon Anwar: The Untold Story itu mengatakan masih sayangkan Diana dan dua cahaya matanya.

“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran tersebut dan seperti semua orang maklum, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya,”katanya.

Bintang Tombiruo: Penunggu Rimba dan Lagenda Budak Setan itu juga berazam akan berusaha memperbaiki hubungannya dengan Diana sekali gus menyelamatkan rumah tangga selain meminta doa para peminat.

No Image Caption

“Saya akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan keadaan kembali. Insya-ALLAH doakan yang baik-baik,”tuturnya.

Pun begitu, aktor kacukan Melayu, Arab dan Siam itu tidak memaklumkan punca keretakan rumah tangga yang menyebabkan Diana tekad menfailkan penceraian buat kali kedua.

Artikel Berkaitan:

Beliau terdahulu berjaya mempertahankan ikatannya dengan Diana selepas bercerai pada 10 Ogos 2023 dengan kembali rujuk 21 kemudian.

Farid pernah memujuk pelakon Imaginur itu dengan memberi tawaran pendamaian bernilai RM225,000 bagi kenderaan pelbagai guna mewah (MPV) Vellfire dan barang kemas bernilai RM10,700.

No Image Caption

Diana pada Isnin memutuskan untuk berpisah secara rasmi buat kali kedua dengan dengan Farid dan meminta aktor itu agar tidak memujuknya.

Peguam mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir mendedahkan permohonan itu akan difailkan selewat-lewatnya pada Isnin, 4 November 2024 dan akan membuat pengesahan rujuk dibuat pasangan itu pada 31 Ogos tahun lalu sebelum meneruskan proses memfailkan penceraian.

Menurutnya, perkara itu perlu dilakukan sebagai prosedur mahkamah yang sudah ditetapkan.

Sekadar rekod, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sumber: Instagram Farid Kamil

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang