Ali XPDC dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas dan paru-paru berair

No Image Caption
A
A
A

VOKALIS kumpulan XPDC, Mohd Ali Ismail atau lebih dikenali sebagai Ali XPDC dimasukkan ke Hospital Shah Alam pada malam Rabu selepas mengalami kesukaran bernafas.

Perkembangan kesihatan penyanyi berusia 57 tahun itu dimaklumkan rakan baiknya, penyanyi terkenal Datuk Nashrudin Elias atau Nash, yang memaklumkan Ali kini berada dalam keadaan stabil namun masih memerlukan pemantauan rapi.

“Alhamdulillah, setakat ini Ali menunjukkan perkembangan positif dan kini ditempatkan di Unit Penjagaan Jantung (CCU) untuk pemantauan lanjut.

“Doktor mengesahkan dia mengalami paru-paru berair dan perlu ditahan beberapa hari di wad,” katanya kepada Sinar Harian.

No Image Caption

Menurut bekas vokalis bagi Kumpulan Step Closer dan Lefthanded itu, Ali pada mulanya pergi ke sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam untuk mengambil rawatan nebulizer selepas berasa sesak nafas.

“Ali ke pusat perubatan tersebut kerana rasa semput dan ingin ambil neb, namun doktor di situ menolak permintaan itu kerana mengesyaki ada masalah paru-paru berair dan kadar oksigen dalam badan juga rendah.

“Jadi Ali dihantar ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Nash yang sempat menziarahi sahabatnya itu malam semalam dan sekali lagi pada tengah hari Khamis, turut berkongsi keadaan terkini penyanyi tersebut yang kini tinggal di Sepang.

“Tadi dia maklumkan rasa lapar, jadi saya ada bawakan sedikit makanan. Alhamdulillah dia nampak berselera, cuma masih belum boleh makan banyak,” ujar Nash.

Sekadar info, Ali pernah dikejarkan ke Hospital Cyberjaya pada 27 Mac lalu kerana mengalami masalah kesihatan yang sama.

Dia baharu sahaja kehilangan isteri kesayangannya, Allahyarham Sharifah Azuwanna, 53, yang menghidap kanser payudara pada 6 April lalu.

Ali dan isteri dikurniakan lima anak iaitu Wan Aliuddin Aqiel, 29; Wan Nurazmyn Adelyn, 27; Wan Ainin Adiba, 21; Wan Aniz Athirah, 19, dan Wan Aqmalludin Aqif, 17.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang