'Ambil gambar banyak-banyak. Peluk, jangan tunggu. Kita tak tahu masanya bila...' Fahrin menangis kenang arwah bapa

No Image Caption
A
A
A

SAYUNYA! Baharu kehilangan bapa tersayang, pelakon dan dan pengacara terkenal, Fahrin Ahmad berkongsi momen terakhir bersama insan tersayang.

Hampir sebulan selepas pemergian bapanya, Allahyarham Ahmad Bin Atil, Fahrin menerusi rakaman siaran program Wanita Hari Ini yang tular di TikTok, sebak dan menitiskan air mata meluahkan rasa terkilan.

Suami kepada Elena Hani Eleas itu sempat menitip pesan buat mereka yang masih memiliki orang tua agar menghargai masa bersama selagi masih ada.

"Bila kita sudah jadi bapa, baru kita lebih memahami kehilangan seorang bapa.

"Kalau boleh diundur masa, banyak lagi kita nak buat dengan dia. Sedikitlah kalau saya boleh kongsikan.

No Image Caption

"Terkilannya saya kerana semasa kali terakhir berjumpa tempoh hari, saya tak peluk dia.

"Kerana itu bukan kebiasaan kami. Ayah saya memang tegas orangnya.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga tidak sempat meluahkan yang saya sangat menyayanginya. Saya sangat bangga dan berterima kasih. Saya harap dia bangga dengan saya," ujar Fahrin dengan dalam sebak.

Pelakon Pilot Cafe itu juga sempat menitipkan nasihat kepada semua terutama anak-anak supaya tidak bertangguh dalam menzahirkan kasih sayang

"Seorang ayah walau setegas mana sekalipun, dia hebat dan hero. Walaupun dia macam nak tak nak peluk, peluk sahajalah.

"Peluk dan cium dia, kerana ayah memang begitu.

"Jangan tunggu-tunggu, jangan kita ada perasaan yang tertahan kerana apabila sudah tiada, perasaan-perasaan inilah yang akan hadir.

No Image Caption

"(Apa) yang akhirnya yang boleh memujuk hati adalah doa-doa kita untuknya setiap kali solat dan setiap kali kita teringat.

"Ini pesan saya kepada anak-anak di luar sana, baik ayah mahupun ibu, tunjukanlah kasih sayang.

"Ambil gambar banyak-banyak. Kerana kita tak tahu masanya (akan tiba) bila," kongsi Fahrin dengan linangan air mata.

Terdahulu, bapa Fahrin meninggal dunia ketika pelakon tersebut sedang menghadiri sebuah acara di Pasir Gudang, Johor. Dia kemudian meninggalkan acara berkenaan untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur.

Biarpun tidak dapat bersama pada saat akhir, dia sempat mengimamkan solat jenazah Allahyarham dan bersama menguruskan pengebumian insan tersayangnya itu di Tanah Perkuburan Islam Bukit Mahkota, Kajang.

Sumber: TikTok

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang