Anak Rahmad Mega meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

[DIKEMASKINI] PENYANYI Rahmad Mega kehilangan anak perempuan, Nur Ara Elisya, 16.

Berita duka itu dikongsikan Rahmad menerusi laman sosial Instagram.

"Assalamualaikum untuk semua warga Betong. Saya meminta maaf tidak dapat hadir untuk malam ini.

"Saya sudah berada di Kuching dan pergi ke lokasi, tetapi mendapat berita anak baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.

"Saya terpaksa bergegas balik ke Semenanjung," katanya.

No Image Caption

Isterinya, pelakon Ainina Ahmad B memaklumkan Allahyarham Nur Ara Elisya telah kembali ke rahmahtullah di Hospital Pakar Kanak-kanak UKM pada pukul 2 petang, Ahad.

"Perancangan pengurusan jenazah adalah seperti berikut, tertakluk kepada kesediaan kubur. 

Artikel Berkaitan:

"Jam 8 pagi van jenazah akan membawa jenazah ke Masjid al Iman Kemensah Heights, pukul 8.45 pagi jenazah disolatkan.

"Pada jam 9.00 pagi, pengebumian (dijangka dilakukan) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah," kongsi Ainina.

Artikel berkaitan: Sindrom Prader-Willi: Penghidap tak pernah rasa kenyang walau makan sebanyak mana pun

Sementara itu, menurut Presiden Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) dan Timbalan Presiden Music Malaysia, Ayob Abd Majid, Rahmad dijangka tiba di Kuala Lumpur dari Kuching pada 9:30 malam ini.

Sekadar info, Nur Ara Elisya yang mengalami Sindrom Prader-Willi pernah melalui pembedahan bertujuan meluruskan tulang belakang membengkok pada Februari lalu.

Allahyarham merupakan anak bongsu Rahmad dengan Ainina.

Sama-sama kita doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Instagram, Facebook

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang