Angkut peminat naik bas, Aina Abdul rangkul Bintang Paling Popular 2024. 'Alhamdulillah, rezeki ALLAH sebesar ini...'
NAMA Aina Abdul, trending di laman sosial. Tanpa penampilan ikonik dan berani yang menjadi kebiasaan, Aina tampil membawa 30 peminat bertuah bersamanya ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di
Pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani itu dilihat tiba menaiki bas persiaran sebelum menuju ke acara karpet merah.
Siapa sangka, di sebalik kesederhaaan Aina kali ini rupanya anugerah berprestij sedang menanti beliau.
Dinobat penerima anugerah tertinggi ABPBH 36 selepas menerima 8,882,662 undi daripada peminat, Aina sekali gus diumum sebagai Bintang Paling Popular 2024.
Selain itu Aina juga merangkul anugerah Penyanyi Wanita Popular sekali gus mengekalkan trofi sama yang dijulangnya pada tahun lalu.
Menerusi Instagram, Aina berkongsi rasa syukur dan terima kasih kepada para peminat khususnya kelab peminat Ainations.
"Alhamdulillah.. Ya ALLAH, where do I begin?
"I woke up today next to my two cats, wondering what just happened yesterday.
"Rezeki ALLAH sebesar ini, dikurniakan pendengar dan kesayanganku, Ainations. 2024 is not always pretty, lots of challenges but when I am down, saya akan duduk membatu di papan nada saya and thinking of all the hardwork of Ainations yang sentiasa teguh berdiri di belakang saya.
"I told myself, I have to keep on writing, aku kene terus bernada’ and that’s what I do. Block all the noises dan terus berjalan tanpa henti. Terima kasih bagi Aina hadiah terindah ini, Ainations," katanya.
Pelantun Terus Hidup itu menjelaskan mahu tampil lebih sopan kerana enggan terpalit kontroversi seperti tahun sebelum ini.
Memakai sepersalinan dress rona perak yang menyerlah rekaan Amazae dan dirias dengan solekan Bobo Cinta.
Aina bukanlah nama asing dalam dunia seni tanah air. Namun wanita ini tidak datang dengan gosip murahan dan omongan kosong, bakatnya yang menyerlah dalam dunia seni wajar dijadikan inspirasi para wanita.
Lebih sedekad dalam industri, usaha, ketekalan dan fokusnya membuahkan kejayaan paling manis. Berikut adalah fakta membanggakan Aina yang wajar dijadikan inspirasi:
1-Aina Abdul yang dilahirkan pada 25 Oktober 1993 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan memiliki Sarjana Muda Muzik Kontemporari dari Universiti UCSI, Kuala Lumpur.
2-Beliau ialah anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Zaini Abdullah dan Abdul Ghani Abdullah memulakan kerjaya muziknya sebagai penyanyi di kelab malam, restoran dan lounge termasuk No Black Tie.
3-Beliau kemudian terpilih sebagai salah seorang finalis Pertandingan Irama 1Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 2010. Beliau kemudian memenangi tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011 dan pada tahun berikutnya, beliau memenangi tempat pertama di Golden Voices of PJ.
4-Pada tahun 2014, Aina terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan Mentor Legend dan menjadi anak didik penyanyi rock Ella. Menerusinya beliau dinobatkan sebagai naib juara.
5-Selepas itu beliau terpilih mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Hollywood, Los Angeles, California, Amerika Syarikat dan menjadi pemenang Vocalist of the World.
6- Aina ialah finalis AJL34 dengan menyanyikan lagunya sendiri bertajuk Sumpah.
7-Pada tahun 2020, Aina menjadi salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia dengan menggayakan kostum Bunga Raya dan berjaya merangkul gelaran juara.
8-Beliau seterusnya menyertai Vokal Mania dan muncul sebagai juara bersama Aisha Retno sebagai Juara Rookie.
9-Pada Disember 2020, lagunya, Semalam layak mara ke AJL35 manakala pada pada AJL 28, beliau memenangi tempat ketiga menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.
10-Kehilangan bapa ketika baru berusia 15 tahun pada 2008, Aina menyifatkan kehilangan insan tersayang itu membuatnya lebih tabah menghadapi cabaran.
Tahniah Aina!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang