'Tahniah 7A anak ayah!' 11 tahun teman ulang kaji & kelas tambahan, Aleesya cemerlang IGCSE hadiah terindah buat Engku Emran

No Image Caption
A
A
A

BEKAS suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin meluahkan rasa syukur dan menyifatkan kejayaan anak tunggalnya, Engku Aleesya sebagai hadiah terindah dalam hidup.

Menerusi Instagram, ahli korporat itu berkongsi momen bermakna sebagai seorang bapa dan menyatakan bangga dengan pencapaian 7A puterinya dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

No Image Caption

Aleesya meraih gred A+ dalam subjek First English Language, Matematik, Fizik dan A bagi subjek Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi.

Biarpun Emran dan Erra sudah berpisah, tanggungjawab terus ditunaikan dan salah satu yang menjadi keutamaan ialah pelajaran Aleesya. 11 tahun persekolahan, dia tidak pernah ketinggalan momen persekolahan dan pembesaran buah hatinya.

No Image Caption

"Ini adalah hantaran penghargaan buat satu-satunya anak ayah, Aleesya. Terima kasih kerana membuatkan hati ayah dipenuhi dengan rasa bangga dan bahagia yang tak terucap. 

"Selama 11 tahun tempoh persekolahanmu, ayah telah mencurahkan sebahagian besar daripada hidup ini demi memastikan kamu cemerlang dalam pelajaran.

Artikel Berkaitan:

"Ayah tidak pernah terlepas satu pun acara sekolah yang kamu sertai. Ayah hadir di setiap sesi pertemuan ibu bapa dan guru, bersorak memberi semangat dalam setiap larian yang kamu sertai. Semuanya atas nama kasih sayang dan tanggungjawab seorang ayah," kongsinya.

No Image Caption

Emran bukan sahaja memberikan keperluan material dan perhatian, malah turut meluangkan masa menemani Aleesya mengulang kaji pelajaran serta menghantarnya ke kelas tambahan. Justeru, tidak hairanlah kejayaan yang diraih oleh Aleesya cukup besar padanya.

"Malam-malam panjang yang kita luangkan bersama mengulang kaji pelajaran, jam-jam yang terasa tak berpenghujung terperangkap dalam kesesakan jalan raya untuk ke kelas tambahanmu. Ya, semua itu juga kerana kasih sayang dan tanggungjawab seorang ayah.

No Image Caption

"Hari ini, kamu telah membalas semuanya. Kamu telah membuktikan bahawa segala pengorbanan selama ini tidak sia-sia. Terima kasih, Aleesya. Terima kasih kerana menjadikan hari ini sebagai hari paling indah dalam hidup ayah.

"Apabila kamu punya anak sendiri kelak, ayah berharap kamu juga akan sanggup berkorban demi pendidikan mereka seperti mana ayah telah lakukan untukmu.

No Image Caption

"Tahniah atas 7A, anak ayah! Alhamdulillah. Kekal merendah diri, dan sentiasa berpijak di bumi yang nyata," titip Emran.

Sekadar info, Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan kemudiannya membawa haluan masing-masing selepas bercerai pada Februari 2014.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang