Asyraf Khalid fail saman fitnah Caprice, dakwa terbit 31 kali video teaser selepas jemput lelaki 'cederakan orang' sebagai tetamu podcast

No Image Caption
A
A
A

MUHAMMAD Asyraf Khalid, anak tiri Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, telah memfailkan satu saman fitnah terhadap penyanyi rap Caprice di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.

Tindakan sivil itu difailkan melalui peguamnya, Abdul Hakeem Aiman, yang mewakili Asyraf selaku plaintif. Dalam saman berkenaan, Caprice, atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 39, dinamakan sebagai defendan.

Menurut peguamnya, Abdul Hakeem Aiman, anak guamnya Muhammad Asyraf Khalid telah memfailkan writ saman, pernyataan tuntutan, serta permohonan injunksi melalui firma guaman Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co.

Ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi selepas sesi pengurusan kes yang dijalankan secara dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr Suzana Muhamad Said, Abdul Hakeem memaklumkan bahawa terdapat kenyataan berunsur fitnah yang didakwa telah diterbitkan oleh defendan, Caprice, di platform Instagram miliknya.

Peguam kepada Muhammad Asyraf Khalid, Abdul Hakeem Aiman, memaklumkan bahawa hantaran berbaur fitnah yang didakwa diterbitkan oleh penyanyi rap dan penerbit muzik Caprice di platform Instagram telah disiarkan sebanyak 31 kali.

Menurut beliau, hantaran tersebut merujuk kepada video teaser atau pra-penyiaran diterbitkan Asyraf.

“Ia merujuk kepada video teaser atau pra-penyiaran yang akan diterbitkan plaintif menerusi poadcast atau audio siar.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Hantaran berbaur fitnah itu diterbitkan sebanyak 31 kali menerusi platform itu," kata Abdul Hakeem.

Abdul Hakeem menjelaskan, permohonan injunksi yang difailkan oleh anak guamnya bertujuan untuk mengarahkan defendan memadam semua hantaran berkaitan daripada akaun Instagram miliknya.

Beliau turut memaklumkan, permohonan tersebut akan didengar pada 18 Ogos di hadapan hakim baharu, susulan perpindahan Pesuruhjaya Kehakiman Dr Suzana Muhamad Said dalam masa terdekat.

Difahamkan. selain Abdul Hakeem, Asyraf turut diwakili oleh seorang lagi peguam, Hazim Mhd Nasruddin.

Terdahulu, dalam satu sidang media yang diadakan pada 6 Ogos, Asyraf mendedahkan bahawa pelbagai tuduhan telah dilemparkan terhadap dirinya selepas Caprice mengkritik tindakannya menjemput seorang lelaki yang didakwa pernah mencederakan beberapa individu ke program audio siar yang dikendalikannya.

Menurut Asyraf, tindakan itu mencetuskan kecaman hebat daripada orang ramai sehingga dia dilabel dengan gelaran seperti perogol dan pedofilia.

Suami kepada Tya Ariffin itu turut menjelaskan, situasi tersebut bukan sahaja menjejaskan reputasinya sebagai seorang usahawan, malah memberi kesan terhadap kesihatan mental dan emosi dirinya serta ahli keluarga.

Sumber: Sinar Harian

 

Demikian perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai karakter anak-anaknya ketika ditemui SinarPlus dalam majlis Rumah Terbuka Yayasan Nurjiwa dan CTDK Holdings baru-baru ini.

Mesra disapa Tokti, beliau turut mendedahkan cukup aktif dalam sukan ketika zaman persekolahannya.

Justeru, suri hati Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mahukan anak-anaknya lasak sepertinya.

Pun begitu, pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu enggan terlalu memaksa memandangkan mereka masih kecil.

Selain itu, beliau turut mendedahkan kenapa memilih untuk menghantar Afwa ke sekolah walaupun masih kecil. Nak tahu jawapannya, tonton video ini

#sitinurhaliza #biduanitanegara #aafiyah #afwa #cahayamata #SinarPlus #lifestylesinarharian">

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang