Baby bump nampak jelas! Shuib kongsi keadaan isteri, Watie ada sebab hati-hati. 'Doakan yang baik-baik'

No Image Caption
A
A
A

NETIZEN mula tertanya-tanya selepas perkongsian terbaharu Shuib. Posting santai terbaharu tarik perhatian warganet, tapi komen Watie buat ramai mula berspekulasi tentang sesuatu yang manis. 

Adakah benar Watie kini sedang hamil anak pertama mereka bersama?

“Dulu dialah terpaling rajin bawak kete, sekarang dia lebih suka duduk sebelah dan tidur. Love you mummy,” titip Shuib pada hantaran foto Watie sedang tidur di tempat duduk penumpang.

Kapsyen bersahaja itu mencetuskan tanda tanya ramai apabila ada yang mendakwa perut Watie kelihatan sedikit berisi seolah 'baby bump.'

Malah, pemilik nama  Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah itu memberikan reaksi yang manja dan berseloroh terhadap kapsyen suaminya.

"Daddy belanaaa ni. Begini sahaja dia bocorkan," titip Watie.

No Image Caption

Memetik mStar, Wati, 36, mengakui masih lagi berdepan trauma selepas melalui pengalaman keguguran 11 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

“Selepas lalui fasa sebelum ini, saya memilih untuk minta doa yang baik-baik sahaja. 

"Apa yang semua nampak itu, doakan sahaja. Waktu sekarang ini, belum sedia untuk kongsi.

“Saya tidak mahu menidakkan dan mengiyakan itu sebab masih trauma (dengan sebelum ini). Perkara lepas sangat beri kesan kepada saya. Saya selalu teringat benda itu,” katanya.

Sekadar info, Watie dan Shuib diijab kabul pada 23 Jun 2023.

Shuib terdahulu memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 14, Dzahira Talita Zahra, 12, dan Ariq Matin, 9, Ayash Affan, 4.

 

Demikian menurut pelakon, Amyra Rosli, 35 yang berkongsi situasi dialaminya baru-baru ini yang mengalami pendarahan.

Bagaimanapun, ibu kepada sepasang cahaya mata itu mendedahkan ia bukanlah kerana keguguran atau komplikasi berkaitan kehamilan

">

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang