Yuran tadika mahal macam gaji sebulan, Ayda Jebat luah realiti 'perit' ibu bapa sekarang. 'Kalau murah sakit perut, lebam...'
ZAMAN sudah berubah, kos hidup makin mencanak naik. Bukan hanya harga barang dapur meningkat, tetapi yuran tadika pun sekarang persis gaji sebulan.
Itulah luahan jujur penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat yang mencoretkan rasa terkejutnya dengan kos pendidikan awal kanak-kanak masa kini.
Kongsinya, ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan, menyamai malah melebihi gaji bulanan rakyat marhaen.
"Zaman sekarang ini, sekolah anak punyalah mahal.
"Dahulu masa kita sekolah tadika kita sudah rasa ‘mahalnya mama papa bayar’, sekarang beribu harga. Harga sebulan gaji orang.
Lebih menyedihkan, kata Ayda ada tadika murah tetapi keselamatan dan kebersihan diragui.

"Kaya orang buat sekolah. Kalau yang murah sikit, kekejap masuk hospital pulak, sakit perut la, tandas kotor la, lebam sana sini, itulah inilah. Aaa," kongsinya.
Warganet turut memberikan pandangan dan pengalaman masing-masing. Ujar mereka:
"Anak pertama tadika private, harga memang sebulan gaji tetapi segala penyakit berjangkit bawa balik rumah. Cuti memang selalu sebab demam selesema. Biasanya tadika private ramai parents bekerja dan kalau nampak simptom anak tidak sihat masih hantar anak sekolah. Anak kedua tadika kerajaan RM40 . Alhamdulillah jarang cuti dan jarang tidak sihat . Mana-mana tadika sama sahaja, murah, tidak kotor dan anak tidak lebam."
"Sebenarnya ada banyak tadika yang murah dan bagus, selalunya yang tiada brand. Mungkin di kawasan rumah Ayda susah jumpa."
"Mana-mana sekolah, kedai makan, shopping mall, kos sara hidup akan meningkat. Tiada yang akan turun. Yang turun hanyalah nilai ringgit disebabkan inflasi."
Sekadar info, Ayda memiliki sepasang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Nabil Mahir iaitu Ana Nayla, 4 dan Aali Mateen, 2.
Kini pelantun lagu Pencuri Hati itu sedang hamil enam bulan anak ketiga.
Sumber: Threads
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
