Bazli UNIC timang anak keempat. 'Terima kasih ALLAH'
ANGGOTA kumpulan nasyid UNIC, Bazli menerima kehadiran cahaya mata keempatnya selepas isterinya selamat melahirkan bayi mereka hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan Bazli atau nama sebenarnya, Bazli Hazwan Che Osman, 40, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean, si kecil selamat melihat dunia pada 8.52 pagi tadi ketika usia kandungan mencecah 38 minggu.
"Alhamdulillah alhamdulillah, akhirnya berjumpa juga baby boy Muhammad Adwa. Terima kasih ALLAH," tulisnya di ruangan kapsyen.

Foto yang dikongsi memaparkan Bazli menyambut si kecil Muhammad Adwa yang dilahirkan seberat 3 kilogram di dewan bedah.
Sekadar info, Bazli dan isterinya Asiah Abu Bakar berkahwin pada 27 Januari 2012.

Pasangan itu dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Muhammad Assfan, 8, dan Muhammad Ahsan, 5.
Anak sulung mereka, Allahyarham Muhamad Syahid meninggal dunia pada 2017 akibat kanser limfoma pada usia empat tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
