Selesai tahnik, Elisya Sandha kongsi wajah Bahtera Elhaq pada usia 51 hari. Comelnya!

No Image Caption
A
A
A

 

"KAMI mungkin tidak sempurna tetapi sentiasa akan buat yang terbaik."

Demikian luahan pelakon jelita, Elisya Sandha selepas kira-kira 51 hari kelahiran anak keduanya, Bahtera Elhaq.

Berkongsi melakukan tahnik buat Bahtera, isteri kepada Uzair Haqimy itu sempat memuat naik foto terkini si kecil sekali gus mendedahkan wajahnya.

No Image Caption

"Bismillahi masha-ALLAH tabarakaAllah.

"Sempena 10 Muharam kami buat keputusan untuk melakukan tahnik Bahtera Elhaq. Semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah.

"Anak lelakiku sayang, mummy dan daddy mungkin tak sempurna, tapi kami janji akan sentiasa buat yang terbaik untuk jadi ibu bapa yang terbaik untuk kamu dan kakak, dengan penuh kasih sayang, selalu. Amin.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Ya ALLAH semoga anak anak kami membesar dengan baik dan sihat, aamin," titipnya.

Perkongsian itu mencuri hati warganet yang rata-rata tertawan dengan kecomelan si Bahtera.

No Image Caption

"Comelnya sayang Mami Sha dua ketul ni. Membesar dengan sihat. Yeay tak payah letak emoji dah."

"Masya-ALLAH comelnya baby boy. Ikut muka atuk Jinggo."

"Kakak muka daddy, adik muka mummy. Dua-dua pun comel."

"Alahai comelnya si kecil tu."

"Alhamdulillah, moga membesar dengan sihat Bahtera dan Bunga."

Sekadar info, Elisya bersalin pada 17 Mei lalu menerusi pembedahan Caesarean di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak lelaki penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021.

Pasangan ini dikurniakan anak sulung perempuan yang bernama Bunga Elhaq yang berusia tiga tahun.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang