Bea Soba Bea juara Lagu Etnik Terbaik AIM24, kejutan buat semua
LAGU Cinta Setandan Pisang atau lebih dikenali sebagai lagu Bea Soba Bea dendangan Eda Ezrin dan Den Manjo dimumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24 yang disiarkan secara langsung TV2 dari Arena Of Stars Genting Highlands, Sabtu.
Lagu ciptaan Eddie Hamid itu berjaya menewaskan empat karya hebat lain seperti Menyantun Kasih dendangn Siti Nordiana, Magis (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kalam (Shiha Zikir) dan Oh Huminodun (Elica Paujin).
Hasil kemenangan, lagu yang mengangkat dialek Kelantan itu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 menerusi peruntukan Dana Kandungan Digital (DKD).
Eddie dalam ucapan kemenangan meluahkan rasa bangga apabila lagu berdialek Kelantan itu menjadi lagu pertama memenangi trofi di AIM.
“Saya bersyukur kerana ini lagu Kelantan pertama yang menang dalam AIM.
“Terima kasih semua yang memberi sokongan terhadap lagu Kelantan dan dikir barat seperti ini,” katanya.
Bagaimanapun Eda tidak kelihatan dan difahamkan mempunyai urusan peribadi di kampung halaman.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

