Ben Amir sudah bergelar suami, kahwini Liana Alara Disember 2025
PELAKON dan usahawan Ben Amir berkongsi khabar gembira selamat mendirikan rumah tangga bersama teman wanitanya, Maiya atau nama Islamnya Liana Alara pada Disember tahun lalu.
Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 35, berkongsi foto akad nikah dia dan Liana yang memakai persalinan raja sehari berona putih dipercayai berlangsung di Masjid Masjid Wilayah Persekutuan.
“Alhamdulilah, dengan izin ALLAH kami telah disatukan pada Disember 2025.
“Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan baik semua,” titip Ben.
Beberapa hari lalu Ben dilihat berkongsi foto bersama Liana yang merupakan personaliti media sosial dan model berasal dari Filipina.
Liana terdahulu telah memeluk agama Islam pada tahun lalu di Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Sebelum itu, Ben pernah berkongsi sedang dalam fasa mengenali hati budi seorang wanita Filipina.
Pelakon drama Sweet Dreams terdahulu berkongsi berpindah ke Pulau Siargao, Filipina sejak April tahun lalu dan membuka sebuah restoran halal iaitu Rasa Siargao yang mengetengahkan masakan Malaysia.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
