Mula hidup baharu usia 35 tahun, Ben Amir kongsi sebab pindah ke Pulau Siargao. Bina rumah & ada kebun sayur
PELAKON kacak, Ben Amir mengambil langkah berani untuk memulakan hidup di Pulau Siargao, Filipina.
Pemilik nama Muhammad Amir Sabaruddin, itu mengambil langkah berani demi mencari ketenangan dan hala tuju yang lebih jelas.
Banyak berkongsi video pemandangan memukau, ramai teruja dengan kehidupan baharunya di pulau peranginan yang indah itu.
Menerusi sebuah video menerusi laman sosial TikTok, pelakon Rebel dan Polis Evo 3 itu menjelaskan menerima pelbagai reaksi selepas mengambil keputusan berpindah ke sana.
Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa terkilan kerana keputusan tersebut disalahertikan sesetengah pihak.
"Langkah pertama itu menakutkan dan tidak teratur. Ramai orang komen, cakap belakang dan kritik. Mengatakan saya ke sini kerana sudah tiada job, tak laku dan patah hati.
"Pandai-pandai sahajalah kalian buat cerita. Pelik betul," ujarnya.
Pun begitu, beliau bersyukur kerana masih ramai yang memberikan sokongan dan bantuan hijrahnya ke Pulau Siargao, terutamanya daripada masyarakat di sana.
"Apabila datang ke sini, hanya orang Malaysia yang banyak kutuk saya sedangkan penduduk tempatan excited dan hendak tolong.
"Semua orang supportive di sini dan ingin menghulurkan bantuan," ujarnya.
HANYA MEMILIH FILEM SAHAJA
Sementara itu, menerusi temu ramah portal Kosmo, Ben menjelaskan l, beliau hanya mahu berehat dan bersedia pulang ke tanah air jika ada sebarang tawaran membabitkan kerjayanya.
“Saya belum mahu berhenti berlakon dan tiada perancangan untuk meninggalkan lapangan seni.
“Buat masa ini saya cuma nak berehat sekejap serta dalam fasa melakukan perkara lain.
“Malah kalau ada tawaran untuk filem, baharu saya akan balik. Saya nak fokus untuk filem sahaja selepas ini,” katanya.
JATUH HATI DENGAN SIARGAO
Ben sebelum ini mengakui mempunyai pelbagai perancangan yang ingin direalisasikan di sana menerusi video dalam saluran YouTube miliknya.
Ingin lari dari hiruk pikuk kota, beliau kini sudah membina sebuah kediaman di sana.
Ben malah menyifatkan perpindahan itu sebagai penghijrahan dan ingin memulakan perniagaan berkaitan tempat percutian. Ujarnya, pihak keluarga juga terkejut dengan keputusan tersebut.
Pemilik Diploma Pengajian Perniagaan, Universiti Teknologi MARA itu terdahulu ke sana pada tahun 2023 mula jatuh hati dengan Pulau Siargao.
Pada lawatan kedua ke sana pada tahun 2024, kata Ben merasakan ada sesuatu yang berbeza dan lebih mendalam. Pulau itu seolah-olah 'memanggil', membuatkan jejaka tersebut nekad berpindah ke sana.
“Pulau ini bagaikan memanggil saya, susah nak cakap bagaimana. Ketika itu saya buat keputusan untuk pindah sini,” jelasnya lagi.
Imbas kembali 15 tahun lalu, Ben memulakan kerjaya dalam bidang seni selepas terpilih sebagai finalis Hero Remaja 2011/2012.
Antara drama lakonan beliau ialah Playboy Itu Suami Aku,Suri Hati Mr Pilot, Cinta Tiada Ganti dan Sweet Dreams.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
