'Daddy tak kisah dukung Fatima selalu, forever be my precious baby...' Hantaran Fattah Amin selepas keputusan hadanah undang sebak

No Image Caption
A
A
A

KASIHNYA bapa, pelakon Fattah Amin mengakui akan terus menghargai momen bersama cahaya mata tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

Dalam hantaran terbaharu di Instagram, aktor berusia 34 tahun itu berkongsi detik bahagia apabila dapat meluangkan masa bersama Fatima dan keluarga.

Biarpun perkahwinannya tidak kekal, kasih sayangnya kepada anak perempuannya itu tidak berubah.

Malah, menerusi video berdurasi 33 saat yang dimuat naik pemilik nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin sempat mendukung dan meluahkan isi hati kepada anak tunggalnya.

Kata Fattah, si kecil itu akan terus menjadi insan istimewa di hati selamanya.

"Fatima..Daddy tahu Fatima suka Daddy dukung.

"Daddy tak kisah dukung selalu walaupun Fatima sudah besar.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Because you'll forever be my precious baby," kongsinya.

Warganet terus memberikan sokongan kepada Fattah agar terus kuat menjalani bahagia dengan Fatima.

"Air mata aunty jatuh Fatima. Be a good daughter okey!"

"Semoga yang baik-baik buat Fatima. Bahagia dengan mommy dan daddy dia."

"Walaupun sebulan dua hari sahaja bersama anak, tapi kalau kita betul-betul isi masa bersama anak, insya-ALLAH ingatan anak akan selamanya bersama."

"Moga mommy daddy boleh bertolak ansur dan Fatima dapat cukup kasih sayang daripada kedua-duanya."

No Image Caption

Terdahulu, beliau bersetuju memberikan hak penjagaan Fatima kepada bekas isterinya, Nur Fazura.

Peguam yang mewakili Fattah, Syamimi Ab Rahman memaklumkan beliau tetap mendapat hak lawatan bermalam dan lawatan harian meskipun hak penjagaan jatuh sepenuhnya kepada Fazura.

"Untuk lawatan bermalam, Fattah diberikan hak sebanyak dua kali sebulan bergantung kepada kelapangan Fattah iaitu jemput Fatima pada hari Jumaat dan menghantarnya semula pada hari Ahad.

"Fattah juga perlu memaklumkan dua hari sebelum minggu lawatan untuk bermalam dengan Fatima. Manakala, untuk lawatan harian dan tanpa bermalam, Fattah dibenarkan untuk meluangkan masa bersama Fatimah sebanyak tiga kali seminggu," katanya.

Sumber: Instagram


#sinarplus #idzhamismail #sinarplus #lifestylesinarharian

Kredit: TikTok Astro Gempak" />

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang