'Daddy misses you.' Fattah ucap selamat hari lahir buat Fatima, mengaku sedang menahan rindu

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Fattah Amin menitipkan ucapan selamat hari lahir buat puteri tunggalnya, Fatima.

Menerusi Instagram, aktor berusia 34 tahun itu sempat menitipkan doa buat anak perempuannya.

Memuat naik video gelagat Fatima menyanyikan lagu Baby Shark, Fattah dalam masa yang sama meluahkan perasaan rindunya kepada si kecil itu.

No Image Caption

"Selamat hari lahir anakku Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah.

"Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak, pandai, sihat walafiat dan sentiasa dalam perlindungan ALLAH.

"Daddy misses you ," kongsinya.

Follower Fattah turut mengucapkan selamat hari lahir buat Fatima dan dalam masa yang sama mendoakan pelakon Mat Kilau itu dan isterinya, Fazura agar berbahagia selalu.

Artikel Berkaitan:

"Happy birthday Nyamma. Semoga Mommy Daddy dan Nyamma sentiasa bersama hingga ke jannah."

No Image Caption

"Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Faham dan sedih terus. الله أكبر. Setiap kali teringat, kudoakan untuk kalian sekeluarga. Selamat hari jadi Fatima. Semoga membesar menjadi permata solehah ibubapa, menjadi penyatu ikatan kasih sayang sekeluarga, menjadi penyebab ibu bapa ke syurga. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِي."

"Tak tahu kenapa saya lebih tersentuh baca posting Daddy Fatima. Selamat hari lahir Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Semoga sentiasa di dalam lindungan dan rahmat ALLAH membesar menjadi anak solehah. Aamin ."

"Semoga Nur Fatima Aisya menjadi pengikat kasih Fattah dan Fazura."

Fatima ketika sambutan ulang tahun kelahirannya tahun lalu diapit Mommy dan Daddy.
Fatima ketika sambutan ulang tahun kelahirannya tahun lalu diapit Mommy dan Daddy.

Fattah menerima permohonan perceraian daripada isterinya, Nur Fazura pada 13 September lalu.

Sebutan pertama permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari telah berlangsung pada 25 September lalu dan ditangguhkan ke 7 Oktober depan.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dan menyambut kelahiran Fatima pada 2 Oktober 2020.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang