Da'i Syed timang anak kedua pada hari lahir ke -30, nazar akikah dua ekor kambing
TAHNIAH buat penceramah bebas, pengacara dan pelakon Da'i Syed yang selamat menimang cahaya mata keduanya awal pagi tadi.
Lebih menggembirakan pemilik nama Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail itu, anak keduanya berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 21 Oktober.
"Telah lahir anak kami pada jam 12.36 pagi tadi.
"ALLAH kurniakanku zuriat tepat pada hari lahirku, haza min fadhli robbi.
"Tarikh lahirku 21 Oktober 1995, anakku 21 Oktober 2025. Masya-ALLAH, rezeki ALLAH. Syukran laka robbim" kongsinya.

Artikel berkaitan:
Anak sulung belum cukup setahun, Da’i Syed umum Hana Ismail hamil anak kedua
Menerusi dua gambar yang dimuat naik sambil mendukung anak kecilnya, beliau turut berkongsi bahawa tarikh jangkaan bersalin sebenar isterinya, Hana Ismail adalah pada penghujung Oktober.
Walaupun dijangka lahir lewat sedikit, Da'i Syed telah bernazar jika anak lahir pada hari lahirnya.
"Sepatutnya anak kami lahir pada penghujung bulan ini, namun saya telah bernazar bahawa jika anak saya lahir pada tarikh lahir saya, maka saya akan melaksanakan akikah dengan menyembelih dua ekor kambing. Alhamdulillah, Allah telah memperkenankan nazar ini," kongsinya.
Sekadar info, Da'i Syed dan Hana bekahwin pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Sharifah Fatma Nour Jamalullail yang kini berusia setahun.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
