"Nak makan pun hanya untuk alas perut, apatah lagi masuk tandas...'Uqasha Senrose minta para suami hargai pergorbanan isteri

No Image Caption
A
A
A

PEJAM celik, pejam celik anak Uqasha Senrose sudah mencecah usia enam bulan. Kejap betul masa berlalu. Puteri kesayangan, Hawra Uqaira dilihat membesar dengan baik dan makin comel. Gebunya.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen turut meluahkan rasa sebak apabila mengimbau kembali pengalaman mengandungkan anak kesayangannya.

Isteri kepada pelakon Kamal Adli mengakui banyak perkara yang dipelajari sepanjang bergelar ibu.

"Tak sangka Qasha sudah melalui tempoh mengandung sembilan bulan. Rasa apa itu sakit melahirkan, berpantang. membesarkan anak sampai sudah hendak masuk enam bulan anak ibu, Hawra Uqaira.

"Belajar macam-macam untuk membesarkan dan memberikan yang terbaik untuk anak,”ujarnya.

Oleh sebab itu juga, pelakon drama 'Setia Hujung Nyawa' itu menasihatkan para suami menghargai pengorbanan wanita yang bergelar ibu.

Lagi besar pengorbanan seorang isteri yang membesarkan anak tanpa pertolongan sesiapa. Manakan tidak, isteri terpaksa bersengkang mata untuk menyediakan keperluan dan kelengkapan buat si kecil.

"Kepada semua suami-suami, hargailah isteri anda. Besar pengorbanan isteri yang membesarkan anak tanpa pertolongan sesiapa. Yang tidak cukup tidur, yang basuh baju anak, lipat baju anak susun baju anak. Basuh botol susu, buat susu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ada ketika Uqasha memberitahu seorang isteri hanya makan semata-mata untuk mengalas perut agar tidak berjauhan dengan anak yang kerap berjaga dan menangis.

"Tidur sampai hendak patah pinggang, nak makan pun hanya untuk alas perut. Nak masuk tandas pun kena pegang anak, kalau letak anak menangis. Hendak mandi pun tak sempat, takut anak menangis,”katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang