Detik terakhir Yusuf Bahrin, Zizi Kirana sebelum misi ke G4z4, buat peminat sebak – ‘Moga genggaman ini sampai ke syurga ALLAH’
PENYANYI Zizi Kirana berangkat ke G4z4 dalam misi kemanusiaan di Gaza sempat menghabiskan masa yang
Momen perpisahan antara pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana sebelum memulakan misi kemanusiaan ke G4z4 nyata menyentuh hati para peminat.
Dalam satu perkongsian di media sosial, mereka berkongsi foto menggenggam tangan, disertai kapsyen penuh makna: “Moga genggaman ini sampai ke syurga ALLAH.”
Dalam masa yang sama, pelantun lagu Eh itu sempat memberikan pelukan terakhir buat Yusuf.
Aktor berumur 33 tahun itu juga mencium dahi Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil.

Ruangan komen video itu dibanjiri dengan luahan rasa hiba daripada netizen, yang turut mendoakan agar perjalanan Zizi dan rakan-rakan misi ke G4z4 dilindungi dan dipermudahkan ALLAH.
"Semoga dipermudahkan perjalanan dan urusan Zizi di sana."
"Saya benar-benar tersentuh hingga mengalir air mata. Semoga ALLAH SWT menjaga dan memelihara ikatan dua insan ini."
"Yusuf… Zizi… Semoga kalian sentiasa berada dalam keadaan baik. Kami semua sayangkan hubungan kalian. "
"Terserlah sifat manja dalam pelukan suami tercinta. Ya ALLAH, peliharalah rumah tangga mereka dengan kasih sayang dan keberkatan."

Baru-baru ini tular dakwaan rumah tangga Yusuf dan Zizi sedang dilanda masalah susulan beberapa hantaran bernada sedih yang dimuat naik oleh penyanyi itu. Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut.
Zizi terdahulu mendedahkan reda dengan ketentuan ALLAH jika ditakdirkan tidak kembali ke tanah air selepas misi berkenaan.
Malah, penyanyi kecil molek itu meletakkan mati syahid sebagai cita-cita dan menyerahkan segalanya kepad ALLAH.
Misi Global Sumud Flotilla itu yang digerakkan dari Malaysia bersama tujuh buah negara termasuk Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Filipina dan Maldives.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
