‘Doakan kami selamat’ – Farah Lee & Zizi Kirana kongsi detik cemas, misi Global Sumud Flotilla diserang dron
MISI bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini berlayar ke perairan antarabangsa menuju Gaza berdepan detik cemas apabila kapal mereka diserang 15 buah dron awal pagi Rabu.
Aktivis Farah Lee turut berkongsi pengalaman cemas apabila kapal mereka dikejutkan dengan serangan sekitar jam 3 pagi.
“Sekarang pukul 3 pagi, sedang tidur dan dikejutkan dengan serangan berlaku kepada beberapa kapal. Ada yang diserang menerusi letupan udara dan ada yang diserang jatuh ke bot mereka hingga mengalami kerosakan.
"Secara keseluruhan, semua orang kini dalam mode ‘standby’, perlu memakai jaket keselamatan. Kami diarahkan duduk dalam bot dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan.
"Doakan kami kekal tenang, doakan kami selamat. Panjangkan isu ini,” katanya.

Penyanyi Zizi Kirana yang turut menyertai misi sama memaklumkan, rombongan berkenaan didatangi kira-kira 15 dron sehingga mengakibatkan beberapa letupan kuat.
“Seperti yang anda tahu, kapal yang terlibat dengan misi telah didatangi 15 dron. Ada berlaku letupan, ada gun powder, saya dengar bunyi itu.
"Teruskan berdoa dan jangan berhenti sebarkan Misi Sumud Global Flotilla,” ujarnya.
Terdahulu, seramai 15 rakyat Malaysia menyertai pelayaran yang bermula 31 Ogos lalu dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol. Misi berkenaan merupakan sebahagian daripada GSF yang menghimpunkan lebih 50 bot dengan penyertaan sukarelawan dari 44 negara, membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.
Usaha itu kini memasuki fasa paling penting dan disifatkan sebagai detik penentu keseluruhan gerakan dalam tempoh seminggu ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

