Fatima ajak ke Disneyland Tokyo, reaksi Fattah undang perhatian. 'Kenapa daddy video call tak angkat?"

HUBUNGAN akrab Fattah Amin dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya selalu menjadi perhatian.
Biarpun telah berpisah dengan pelakon, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura dan hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada bekas isteri, Fattah tetap meluangkan masa dengan permata hatinya itu.
Si cilik itu dilihat membesar dengan gembira di samping kedua ibu bapa dan keluarga daripada kedua belah pihak.
Baru-baru ini tular video yang memaparkan Fatima mengajak Fattah berkunjung ke taman tema yang terletak di Jepun, Tokyo Disneyland.

"Hai daddy bila daddy nak bawa Fatima pergi Disneyland Tokyo? Fatima nak.
"Daddy, Fatima nak pegi dengan Nenda, Atuk dengan Nailah dan Nukman Daddy.
"Daddy Fatima nak, please. I love you Daddy," tutur Fatima.
Video berkenaan telah dikongsi semula oleh Fattah menerusi Insta Story dan bertanya tentang keadaan si kecil itu yang tidak mengangkat panggilan video.
Tersentuh dengan hantaran berkenaan, aktor berusia 34 tahun itu turut berkongsi emoji menangis.
Artikel berkaitan:
- 'Fatima jangan bersedih, hati daddy memelukmu selamanya' - Fattah
- Fazura terima hak penjagaan Fatima, Fattah diberi hak lawatan bermalam 2 kali sebulan, jumpa 3 kali seminggu

"Hai baby. Fatima ke yang post ni? Hehe.
"Kenapa daddy video call tak angkat," ungkap Fattah.
Sekadar info, pada November lalu, kedua belah pihak telah bersetuju hak penjagaan anak tunggal itu diserahkan kepada Fazura selaku ibu kandung dalam prosiding tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.
Fattah mendapat hak lawatan bermalam dan lawatan harian meskipun hak penjagaan jatuh sepenuhnya kepada Fazura.
Peguam yang mewakili Fattah, Syamimi Ab Rahman berkata, terdapat dua terma lawatan bagi hak lawatan iaitu lawatan bermalam dan lawatan harian.
Untuk lawatan bermalam, Fattah diberikan hak sebanyak dua kali dalam sebulan bergantung kepada kelapangan Fattah iaitu jemput Fatima pada hari Jumaat dan pulangkan semula pada hari Ahad
Fattah juga perlu memaklumkan dua hari sebelum minggu lawatan untuk bermalam dengan Fatima. Manakala, untuk lawatan harian dan tanpa bermalam, Fattah dibenarkan untuk meluangkan masa bersama anak perempuannya itu sebanyak tiga kali seminggu.
Terdahulu, Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 sah bercerai talak pada 7 Oktober selepas tujuh tahun berkahwin.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang