'Rasa macam baru bercerai.' Fazura tenang & gembira, tidak terlintas cari pengganti
LAPAN bulan selepas penceraian, selebriti dan usahawan terkenal, Fazura menjelaskan perpisahan dengan bekas suami, Fattah Amin seolah masih baharu.
Bahagia melayari kehidupan bersama puteri tercinta dan keluarga, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 41, mengakui rasa tenang.
"Alhamdulillah. Rasa macam baru sangat cerai. Sejujurnya saya sangat gembira, tenang dan selesa.
"Setengah orang nak cari pengganti, tapi saya tidak terlintas langsung.
"Kerana saya rasa ia terlalu cepat dan awal. Terlalu baharu sangat rasanya, jadi saya tidak terlintas langsung (untuk mencari pengganti)," tuturnya.
Pun begitu, aktres jelita itu terharu menerima titipan doa-doa daripada warga maya khususnya para peminat.
"Namun ada juga doa-doa peminat. Terima kasih kerana mendoakan Faz. Tetapi (buat masa ini) tidak terlintas pun.
"Fokus saya, pertama sekali ialah kepada anak, Nur Fatima dan bisnes," kongsinya.
Diajukan persoalan jika ada yang cuba mengetuk pintu hati, pemilik jenama tudung Fazura itu menafikan dan memberi jawapan ringkas.
"Tak ada pun," jawabnya.
Sekadar info, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 10 Oktober lalu.
Terdahulu, mereka yang popular dengan singkatan Fattzura itu diijabkabulkan pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya, 4.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
