Fazura, Fattah Amin sah cerai talak satu, ikatan 7 tahun terlerai
PASANGAN selebriti Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu di di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bistari pagi ini.
Fattah melafazkan cerai itu pada jam 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.
Perkara itu didedahkan oleh peguam yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan turut menafikan curang menjadi punca anak guamnya memfailkan perceraian terhadap Fattah.
Fakhrul berkata, perceraian itu berpunca kerana tiada persefahaman antara mereka.
Sebelum ini, mahkamah menangguhkan kes perceraian susulan menerima cadangan baharu daripada defendan yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.
Ketika prosiding kes pertama pada 25 September lalu, Fattah atau nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, enggan menceraikan Fazura atas alasan masih lagi menyayangi isterinya, manakala Fazura nekad mahu berpisah.
Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari menerusi peguamnya.
Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai, namun, ia mengejutkan ramai.
Bagaimanapun, Fattah menyatakan terkejutmenerima berita Fazura memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang