Aprena Manrose, Mohd Afiq bercerai, ikatan 9 tahun terlerai. 'Moga berbahagia, saya undur diri dulu...'

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Aprena Manrose mendedahkan dirinya sudah bercerai sekali gus menjawab teka-teki para peminat tentang status rumah tangganya.

Pelakon berusia 32 tahun itu berkongsi tentang berita duka tersebut menerusi Instagram.

Aprena atau nama penuhnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman mendedahkan telah sedaya upaya mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Mohd Afiq Hazman sembilan tahun lalu namun usahanya itu menemui kegagalan.

No Image Caption

"Bismillahi masya-ALLAH. Sedih pula bila scroll gambar bersama tetapi hakikatnya kita tidak lagi bersama.

"Yes, I am no longer Afiq’s wife. Kalau ada jodoh tak ke mana. Goodbye for now or maybe forever.

"Saya cuba bertahan, usaha tetapi saya gagal. Tiada lagi kita. Terima kasih atas rasa yang diberi. Rasa yang luar biasa. Semoga berbahagia. Saya undur diri dulu," kongsinya.

Anak kepada Iwan, penyanyi dangdut terkenal era 90-an dan pelakon terkenal era 80-an, Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor itu menjelaskan pendedahan berkenaan dibuat sebagai kenyataan rasmi bagi menjawab pertanyaan pelbagai pihak.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Since lately banyak media yang call dan bertanyakan tentang my status.

"So here it is the statement. Doakan saya mengharungi fasa yang baru ini dengan tenang ya," titip Aprena.

Sekadar info, Aprena berkahwin dengan Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Aprena terdahulu mencetuskan pelbagai spekulasi selepas memuat naik hantaran sambutan Aidilfitri tanpa kelibat suami tercinta.

Malah pelakon Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin itu menyuarakan perasaan beraya tanpa pasangan buat pertama kali.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang