Fitri Haris dedah pernah kena 'ngorat' lelaki berpangkat datuk dan ustaz. 'Benda salah tetap salah, walaupun pakai tuala mahal'

No Image Caption
A
A
A

ISU berkaitan tangkapan melibatkan kumpulan lelaki di sebuah spa di ibu negara baru-,baru ini menjadi perhatian ramai.

Penyanyi nasyid dan pensyarah, Dr Fitri Haris mendedahkan beliau pernah didekati lelaki bernafsu songsang. Lebih mengejutkan, mereka adalah dalam kalangan individu yang dihormati dalam masyarakat 

"Saya pernah kena 'ngorat' oleh ustaz dan datuk. Jadi bila polis tangkap yang professional, berpangkat dan berjawatan , memang tidak pelik langsung.

"Saya terus teringat dua pengalaman pelik dalam hidup saya yang sampai hari ni kalau ingat pun saya gelak sambil marah.

"Pertama: pengalaman dengan seorang ustaz. Ya, ustaz betul, bukan ustaz Tik Tok.

Dia tiba-tiba tanya saya, 'Fitri open minded tak?'  Kemudian dia antar gambar kepada saya.

"Saya waktu itu terkejut macam baru kena siram air sejuk. Dalam kepala saya hanya ada satu ayat: 'Ustaz... soalan tu bukan dalam silibus agama.'

"Dari situ saya dah rasa lain macam, rupanya bukan semua ustaz datang dengan fikrah lurus," kongsi Fitri.

Artikel Berkaitan:

Penyanyi kumpulan UNIC itu juga mendedahkan pernah dihampiri lelaki berpangkat datuk menerusi rantaian mesej yang bukan-bukan.

"Kemudian datang pula episod kedua, seorang datuk.

Yang ni lagi hebat.

"Setiap hari mesej manja. Selepas itu perlahan-lahan naik level jadi mesej pelik-pelik, lucah-lucah, emoji pun sampai saya sendiri tidak pernah guna.

"Saya hanya mampu fikir: 'Datuk, tolonglah. Saya ini pensyarah, bukan operator hotline percintaan jam 12 malam.'

"Akhirnya... saya block. Terus. Tidak sempat fikir panjang. Sampai sekarang tak menyesal," dedahnya lagi. 

Jelas Fitri, berita tular penangkapan lelaki berkelakuan songsang baru-baru ini tidak mengejutkannya kerana pernah melalui pengalaman itu.

"Apabila saya tengok serbuan macam gambar-gambar ini lebih 100 lelaki dalam bilik tuala, penuh aktiviti luar tabii, saya langsung tidak hairan kalau yang kena tangkap pun ada yang 'berjawatan', 'berpangkat', atau 'berpengalaman manja-manja'.

"Islam haramkan, nabi tidak mengaku umat dan saya benci gila puak-puak ini," titipnya.

Meluahkan kebencian pada perlakuan yang diharamkan dalam Islam, Fitri berasa kecewa dengan sikap mereka yang menganggap diam tanda suka.

"Benci sebab ia berlaku depan mata saya dalam bentuk gangguan peribadi, disokong oleh orang yang masyarakat anggap 'mulia' dan merosakkan nilai, maruah dan akhlak.

"Paling saya benci, bila orang salah anggap diam itu tanda suka, padahal diam saya sebab cuba jaga adab!

"Kalau ada lagi yang cuba tanya saya ‘open minded tak?' Saya bagi terus jawapan siap pakej: Saya open minded dalam ilmu, bukan dalam benda luar tabii.'

"Harap serbuan macam ni buka mata semua orang. Benda salah tetap salah, walaupun pakai tuala mahal," titipnya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan 201 individu termasuk 17 penjawat awam ditahan dalam serbuan sama.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dilapor menyatakan seramai 171 lelaki dibebaskan dengan jaminan selepas permohonan reman ditolak mahkamah kerana dikemukakan lewat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang