'Hadiah istimewa saya bawa pulang untuk...' - Anna Jobling harumkan nama Malaysia di Seoul International Drama Awards 2025
PELAKON Anna Jobling mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila dinobatkan sebagai penerima trofi Outstanding Asian Star – Malaysia menerusi drama Hai Cinta, Dengarkanlah! pada Seoul International Drama Awards 2025 (SDA) yang berlangsung di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.
Majlis berprestij yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran SBS TV itu menyaksikan Anna berdiri sebaris dengan bintang Asia lain yang diiktiraf di pentas global.
Pengiktirafan itu membuktikan kemampuan pelakon muda tersebut bukan sahaja menawan hati penonton tempatan dengan lakonan berkesan, malah turut memikat perhatian peminat antarabangsa.
“Saya amat terharu dan bersyukur dengan pengiktirafan ini. Terima kasih kerana membuka ruang untuk Malaysia bersinar di pentas antarabangsa.

"Kemenangan ini bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga untuk peminat, keluarga serta pasukan produksi yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya. Trofi ini adalah hadiah istimewa yang saya bawa pulang untuk Malaysia,” katanya.
Kejayaan di SDA 2025 membuka lembaran baharu buat Anna untuk terus mengorak langkah di pentas antarabangsa, sekali gus menjadi inspirasi kepada generasi baharu pelakon di negara ini agar berani bermimpi besar dan melangkah lebih jauh.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

