‘Hanya kepada ALLAH aku berserah…’ - Linda Rafar keluar Elite?
PENYANYI Linda Rafar seperti memberi bayangan mahu meninggalkam kumpulan Elite menerusi akaun media sosialnya pada malam Rabu.
Linda atau nama penuh, Azlinda Abdul Rafar, 47, mengaku hatinya berat dalam menimbang kemungkinan dirinya berundur daripada Elite.
"Hanya kepada ALLAH aku berserah. Maafkan Linda jika tidak dapat sertai Elite lagi.
"Sedih sangat... Hendak tulis pun tidak boleh. Moga ALLAH kuatkan Linda dalam apa juga keadaan," katanya.
Bukan itu sahaja, Linda dilihat memuat naik paparan skrin tangkap layar bersama anggota kumpulan Elite iaitu Azza dan Abby Abadi, yang dilihat memberi semangat kepadanya.

"Elite takkan aku ganti dengan orang lain. Elite adalah kita. Aku nak kau tahu itu," antara kata-kata yang ditulis Azza buat Linda.
Terdahulu Linda dilapor terkesan dengan kecaman selepas beraksi pada Konsert Elite Live '25 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), September lalu.
Berikutan itu, Linda dilapor enggan memaafkan individu yang mencemar nama baik dan mengaibkan keluarganya.
Kecaman itu dipercayai berpunca daripada pandangan orang ramai mengenai pemakaiannya pada konsert tersebut.
Penyanyi itu tidak boleh bertolak ansur apabila ada pihak yang mengaitkan perkara berkenaan dengan keluarganya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

