Ibu Ardell selamat dibedah, kongsi momen pilu urus kebumi anggota dipotong. 'Wahai kaki yang banyak berjasa, terima kasih'

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana berkongsi berita ibunya, Sawiyah Abdullah, selamat pembedahan amputasi melibatkan pemotongan kedua-dua belah kaki. 

Dalam satu hantaran di Thread, pemilik nama Nurul Hidayah Mohd Amin itu memuat naik video sayu memaparkan proses pengurusan anggota yang dipotong untuk dikebumikan.

"Hari yang panjang namun ALLAH permudahkan. Kembali sihat duhai ibu.

"Ibuku wanita besi hebat, maka ujiannya juga luar biasa. Alhamdulillah ALLAH takdirkan yang terbaik, dapat rezeki mudahkan urusan mama. 

"Alhamdulillah ujian demi ujian, hikmah demi hikmah juga akan pasti menyusul. 

No Image Caption

"Rezeki hari ini dapat belajar dengan Ustazah Aina, bersama-sama menguruskan, membersihkan dan mengkafankan bahagian kaki ibuku. Terima kasih atas ilmu baru," titip Ardell.

Ardell dalam masa yang sama  mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir membantu dan memberikan sokongan termasuk rakan aktivis, PU Rahmat.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih juga Ustaz PU Rahmat membantu saya dan datang sama untuk urusan ini dari forensik sehingga ke masjid.

"Buat Team Pejabat pengurusan dan sukarelawan Tanah perkuburan iIlam (Baru) Kampung Sungai Kantan sebab sudi bantu saya uruskan kaki ibu saya. ALLAH sahaja balas semua jasa dan kebaikan kalian," kongsinya.

No Image Caption

Suri hati Nadzmi Adhwa itu turut berkongsi ungkapan pilu meruntun hati menghargai pengorbanan ibunya.

"Wahai kaki ibuku yang banyak berjasa. Terima kasih. Selesai urusan kaki ini di dunia  dan telah pun di kembalikan kepada tanah," kongsinya.

Terdahulu, SinarPlus berkongsi ibunya sedang menunggu waktu sesuai untuk dibedah.

Pembedahan berkenaan dijalankan susulan komplikasi diabetes.

Sumber: Threads

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang