'Nampak tak apa impak sukarelawan kita buat?' Nadzmi Adhwa luah syukur gencatan senjata, perjuangan baharu bermula

No Image Caption
A
A
A

PELAKON merangkap aktivis kemanusiaan, Nadzmi Adhwa meluahkan rasa syukur susulan pengumuman gencatan senjata di P4lestin — tanda bahawa usaha sukarelawan dari Malaysia dalam misi kemanusiaan mula menunjukkan usaha sukarelawan Malaysia tidak sia-sia.

Menerusi perkongsian di Thread, Nadzmi memuji semangat juang sukarelawan Malaysia di Palestin yang menurutnya wajar dihargai, lebih-lebih lagi selepas pihak bertelagah memilih jalan damai.

“Kan dah gencatan senjata? Nampak tak apa kesan yang telah sukarelawan kita buat?

“Yang berkata-kata buruk tentang mereka jawablah nanti. Alhamdulillah teruskan berkata-kata tentang G4z4.

“Kali ini perjuangan kita sedang bermula!” tulisnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, suami kepada Ardell Aryana itu menyeru masyarakat agar tidak leka dan terus menyokong perjuangan kemanusiaan demi suara rakyat P4lestin yang masih menanti keadilan.

Sekadar info, perjanjian gencatan senjata antara Isr4el dan H4m4s berkuat kuasa di Semenanjung G4z4 pada Khamis selepas usaha pengantaraan yang berterusan dan intensif bagi menamatkan konflik selama dua tahun di wilayah P4lestin itu.

Artikel Berkaitan:

"Perjanjian telah dicapai untuk melaksanakan gencatan senjata dan menamatkan konflik di G4z4 selepas dua tahun penderitaan, selaras dengan pelan damai yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump," kata Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dalam satu kenyataan, lapor Anadolu Ajansi.

No Image Caption

H4m4s terdahulu mengumumkan, satu persetujuan telah dicapai yang merangkumi penamatan serangan di G4z4, pengunduran tentera Isr4el, kemasukan bantuan kemanusiaan dan pertukaran tahanan.

"Kami amat menghargai usaha negara-negara pengantara di Qatar, Mesir dan Turkiye. Kami juga memuji usaha Presiden AS, Donald Trump yang bertujuan menamatkan konflik secara menyeluruh serta memastikan pengunduran sepenuhnya tentera pendudukan Israel dari Semenanjung G4z4,” tambah kenyataan itu.

Sumber: Thread

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang