Sticker ‘Isr4el Rumahku’ cetus kecoh! Pemilik akhirnya bersuara, tampal sejak 2012 & mengaku tempah kerana minat
BARU-baru ini negara gempar dengan tularnya video yang memaparkan sebuah pacuan empat roda yang didakwa tertampal pelekat bertulisan Hebrew membawa maksud 'Malaysia adalah Rumah Kita' atau 'Malaysia di Tangan Kami' hingga menimbulkan kebimbangan.
Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar, hasil siasatan yang dijalankan, pemilik kenderaan pacuan empat roda yang tular kerana menampal pelekat bertulisan Hebrew di bahagian belakang kenderaannya menjelaskan pelekat itu dibuat kerana minat terhadap tulisan berkenaan.
Jelasnya, lelaki berusia 59 tahun itu yang merupakan pesara kerajaan mendakwa pelekat tulisan Hebrew yang membawa maksud 'Malaysia Rumahku' yang telah ditampal pada kenderaan jenis Isuzu miliknya sejak 2012 itu tidak pernah menimbulkan sebarang isu sebelum ini.

Dzulkhairi berkata, pesara itu yang menafikan menyokong Isr4el membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan, Gemencheh, Negeri Sembilan kira-kira 8 malam pada Selasa selepas video kenderaannya tular di platform media sosial Thread' dan menerima pelbagai reaksi negatif netizen.
"Tulisan Hebrew itu didakwa diolah daripada ayat asal 'Isr4el Rumahku' dan lelaki berkenaan mendakwa tidak mempunyai apa-apa mesej yang ingin disampaikan kepada Isr4el.
"Beliau mengaku seorang yang patriotik serta peminat pelbagai jenis tulisan asing seperti Rusia, Greek dan Hebrew.
"Pelekat itu ditempah di sebuah kedai di Selangor pada 2012 selain kenderaan itu kerap digunakan oleh adiknya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka lapor Bernama.

Kata Dzulkhairi, pihaknya akan mendapatkan bantuan termasuk pakar bahasa untuk memastikan maksud sebenar frasa berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 504(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan setakat ini tiada arahan kepada lelaki itu untuk menanggalkan pelekat berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Agama kepada Ketua Menteri Melaka, Hairul Amin Madon, telah membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau.
Hairul Amin berkata, video yang menunjukkan kenderaan tersebut mula dikesan di media sosial sekitar tengah hari Selasa dan dipercayai dirakam di kawasan negeri ini.
Menurutnya, tulisan Hebrew pada pelekat berkenaan membawa maksud yang sangat sensitif iaitu ‘Malaysia milik kami’ atau ‘Malaysia di tangan kami’, yang boleh menimbulkan provokasi, terutama ketika isu G4z4 masih menjadi perhatian dunia termasuk menerusi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Sumber: Sinar Harian, BERNAMA
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

