'Kakak cantik, adik comel!' Keluarga Awie jadi perhatian, warganet puji berjaya kumpul anak-anak walaupun sudah berpisah
KELUARGA besar penyanyi rock terkenal, Datuk Awie menjadi perhatian warganet. Biarpun pernah melalui perceraian, vokalis kumpulan Wings itu berjaya mengumpul zuriatnya di depan mata tanpa sengketa.
Baru-baru ini suri hatinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin sempat memuat naik foto hari lahir anak keduanya, Putra Ahmad Arjunna yang disambut pada 7 Julai lalu.
"Kehadiranmu memenuhi kediaman ini dan hati kami dengan kasih sayang yang tak terhingga.
"Selamat ulang tahun pertama buat si kecil yang menambah indahnya cinta dalam hidup kami. Kami akan sentiasa menyayangimu, Putra Ahmad Arjunna," titipnya.

Menerusi hantaran yang sama, turut kelihatan anak-anak daripada perkahwinan pertama dan kedua Awie iaitu Putri Aleeya Antasha, Putri Aleefa Antasha dan Putra Ahmad Merrah.
Tidak hanya Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 56, menerima pujian daripada warga maya.

Artikel berkaitan
Syukur 6 zuriat depan mata, Awie sebak jumpa 2 anak terpisah 8 tahun
"Ada sahaja ibu tiri yang baik. Terima kasih tunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.:
"Cantik-cantik, kacak dan comel anak Datuk Awie."
"Suka tengok famili Datuk Awie. Moga dimurahkn rezeki ,dipermudahkan urusan dan berbahagia selalu."
"Kakak cantik, adik comel. Selamat hari lahir Putra Ahmad Arjunna."
"Awie juga yang bagus walaupun muka macam gengster dapat kumpulkan anak-anak dari semua perkahwinan terdahulu."
"Daripada keluarga kecil kepada keluarga besar. Suka vibes keluarga ini."

Sekadar info, Awie bertemu jodoh buat kali ketiga dengan Sharifah Ladyana pada 7 Oktober 2016 dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Ahmad Andeeka serta Putra Ahmad Arjunna.
Menerusi perkahwinan pertama Awie dengan bekas isteri juga penyanyi, Arni Nazira, Awie dikurniakan dua anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.
Beliau kemudian berkahwin kali kedua dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, namun berpisah pada 1 November 2014.
Hasil perkongsian hidup Awie dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

